Sunday, July 31

Berikut adalah kelebihan-kelebihan Solat Tarawih yang dapat kita kongsikan .. dari malam pertama hinggalah malam ke 30.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Monday, July 25




DISARANKAN, AGAR ESOK 
JANGAN MEMAKAI PAKAIAN YANG BERWARNA GELAP, 
DISARANKAN JUGA SUPAYA MEMAKAI TOPI ATAU SUNBLOCK KERANA ESOK MERUPAKAN JARAK TERDEKAT ANTARA MATAHARI DAN BUMI DAN BESAR KEMUNGKINANNYA AKAN ADA PENINGKATAN suhu sehingga 4 darjah C selama 4 hari berturut2... Sila perbanyakkan minuman air mineral atau air masak. 



Jangan lupa sebarkan info ini....


Ades ade lg virus baru plak.. ish2.. dh byk virus lam fb nie.. haha lau gtu aq pn nk bt jgk lah seko virus hehee ^_^

VIRUS BARU ON FB menggunakan gambar anda. Ia mengatakan anda telah ditag dalam gambar, mahu anda klik pada pautan untuk melihat. Kemudian hacks ke dalam komputer & ANDA SEMUA AKAUN ANDA termasuk PERBANKAN & lain-lain akaun selamat. Ia memusnahkan KOMPUTER ANDA. Setelah menggodam comp anda, ia menghantar e-mel kepada rakan-rakan anda memberitahu mereka mereka telah tagged Foto & memulakan proses lagi. 

AMARAN: VIRUS ALERT -
Jika anda mendapat:
1) video tentang hidup SPIDER di bawah kulit seseorang
2) KFC promosi
3) Harry Potter Kesilapan
4) mesej yang bertanya "Hi. Bagaimana yang anda mahu ketawa?" maka orang itu akanmenghantar pautan kepada anda.
Ia VIRUS. Ia kelihatan seperti itu dihantar daripada rakan anda dan mereka mengulas mengenai. JANGAN BUKA LINK ITU

Sila RE-POST URGENT !!!!!!!!!!

Sunday, July 24


cara kembalikan im chat facebook

1. bukak google chrome .
if takda lagi. boleh la install
sila download link ni : google chrome

2. install facebook chat sidebar revision
sila buka download link ini : facebook chat old version

{gambar seperti berikut}
3. install sahaje
4. bukak facebook semula, logout dan login kembali.
5. hasilnya?

tambahan :
untuk  firefox users :)
1. bukak mozilla firefox
2. klik tools
3.add-ons
4. search “greasemonkey”
5. akan keluar gambar seperti berikut, klik install

6. install ini pula :

 apa bezanya?

you all boleh tengok , dia akan ada scroll bar bagi memudahkan cari friend untuk im , and ada jugak bilangan user yang tengah online .

that’s all. thank you .
Credit to : kyrul :p

Saturday, July 23



PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.


Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.


Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.


"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.


Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.


Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009. 

Friday, July 22



KUALA LUMPUR – Pengguna internet Telekom Malaysia (TM) perlu bersedia dengan kemungkinan perkhidmatan itu mengalami gangguan dari Isnin depan hingga 31 Julai.
Ini berikutan beberapa kerja peyelenggaraan yang akan dibuat pihak TM dalam tempoh berkenaan.
“Pada 25 hingga 31 Julai, TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah.
“Pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa ‘latency’ yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.
“Selain daripada itu, pada 26 Julai, mereka bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, yang mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo, serta pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat,” menurut blog http://www.info.darxniq.com.
Walaubagaimanapun, menurut TM, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut.

Berita Berkaitan:

Wednesday, July 20


Heboh mengenai virus di Facebook yang sedang giat melanda di laman sosial tersebut..
Tentu ramai yang tertanya-tanya, bagai mana bentuk mesej yang dihantar ke penerima virus di facebook yang sedang giat melanda di laman sosial itu kini.
Mesej yang dihantar seakan-akan begini :
1) hi. how are you?
2) Wanna laugh? :)
3) It is you on the video? want to see?
4) Link virus tersebut akan diberi..
so? nak guna apa untuk remove virus tu?
Pastikan bukak guna “Notepad”.. Baru boleh bukak dan jumpa ayat tu…
Untuk Windows XP, Vista and Windows 7
C:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts
Untuk Windows 2000
C:\WINNT\system32\drivers\etc\hosts
Untuk Windows 98/ME
C:\WINDOWS\hosts
STEP 1. mula mula buka My Computer
image
STEP 2. Copy    perkataan nie
 C:\Windows\System32\drivers\etc\
pastu pastekan dalam address bar di atas sekali tu dan tekan ENTER..seperti contoh di atas
lepas tu akan jadi macam ni
image
STEP 3. anda nampak kan file yang bernama “hosts” ?open file tu . Right click dan pilih open with Notepad
image
bila dah open. Akan keluar file macam ini
image
bukak satu-satu files dan cari yang ada tulis :
“127.0.0.1 http://www.facebook.com”
atau yang berkaitan dengannya!
kalau tak menjadi , sila comment ^_^

Tuesday, July 19



Jangan merokok

  • Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok.

Memang perkara yang tak boleh dielakkan oleh lelaki. Wajip merokok lepas makan. Kalau tak merokok lepas makan rasa macam tak lengkap pulak. Kalau macam tu kita tukar, sebelum nak makan tu pi hisap dulu. Kalau nak suruh berhenti tu dah memang la tak nak kan.




Jangan minum teh

  • Daun teh boleh mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.

Tak boleh minum la pulak. Nampaknya kena minum sebelum makan la lepas ni. Teh ni elok untuk buang toksik dalam badan dan disamping baik untuk proses metabolisma dalam badan.
(dah la tengah giler minum teh hijau sekarang ni)
.




Jangan mandi

  • Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.

Memang tahu tak elok tapi kalau emergency memang langgar je. Diingatkan, jangan selalu diamalkan.



Jangan tidur

  • Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.

Hurm...benda yang paling seronok untuk dibuat.




Jangan makan buah-buahan

  • Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan mengakibatkan perut anda dipenuhi udara(kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan.

Memang diamalkan kalau ada buah dirumah. Kalau dekat Uthm ni main bedal je apa yang ada.




Jangan longgarkan tali pinggang

  • Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti sembelit atau tersumbat.

Tak pernah pun buat. Sebab nampak macam tak senonoh je.




Jangan berjalan-jalan

  • Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telan.

Kalau kejar masa, memang akan jalan lepas makan. Diulang lagi sekali, jangan selalu diamalkan.


Banyak betul pantang larangkan. Kadang-kadang susah nak elakkan diri dari buat semua benda di atas tu, sebab ada diantaranya perkara di atas tu dah jadi habit harian kita. Kalau TERbuat tak apa la, sebab jarang-jarang kan. Tapi kalau rasa-rasa selalu sangat buat salah satu dari benda dekat atas tu, harap-harap boleh la dielak kan. Takkan la bila dah berumur baru rasa nak buatkan.

_