Monday, February 28

Salam,

Secara ringkasnya perkataan "salam" membawa maksud sejahtera atau selamat, maka tidak salah diguna pakai.

Assalam = "Maha Sejahtera" adalah salah satu dari 99 Nama Allah.

Assalamualaikum = "Maha Sejahtera ke atas kamu".

Mari kita rujuk Al Quran

59:23. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Assalamualaikum/Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Ayat di atas salam tersebut ditujukan kepada Allah.

Kita lihat pula salam yang ditujukan kepada manusia atau ucapan sesama makluk.

16:32. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun'alaikum/Sejahtera keatas kamu, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan."

28:55. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, Salamun alaikum/sejahtera atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil."

Sila lihat juga AQ 6:54, 7:46, 13:24 dan banyak lagi seumpamanya.

Kalau kita rujuk Al Quran ucapan "Assalamualaikum" adalah ditujukan kepada Allah, manakala "Salamun alaikum" ditujukan kepada hamba atau sesama hamba.

Moga ada manafaat bersama.

Wallahu Alam.

P/s - jangan terima bulat2, rujuklah Al Quran.

Kenderaan ini telah di cipta oleh Francois Knorreck dan di beri nama The Snaefell Hybrid Car.Kenderaan ini mengambil masa 10 tahun ,10,000 jam dam 15000 paun untuk menyiapkannya.Mak aih..lama jugak kan?tapi nak corner baring belah kanan camne ek?






Sunday, February 27

Doa Sebelum Ulang Kaji



(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa Memohan Kejayaan
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

semoga aq dapat menjawab soalan dengan baik,tidak cuai,kelam kabut dan menjawab soalan mengikut kehendak,bukan main hentam kromo sahaja :)

doakan kejayaan aq ye kawan-kawan...


minta maaf kalau selama aq menulis,berbicara tau apa-apa perbuatan aq ada menyakitkan hati anda...aq minta maaf banyak-banyak..aq hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan..bak kata aq i'm perfectly imperfect (~.~)

KliK HeRe Lau Nk tgok Somting la.. hehee

Rasanya yang manis,membuatkan teh ais menjadi minuman kegemaran orang ramai. Siapa tak suka minum teh ais?

Populariti teh ais terbukti dengan kehadirannya di hampir semua tempat makan dari warung hinggalah restoran mahal.

Tapi tahukah korang, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merbahaya bagi kesihatan.Kajian di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahawa minum teh ais berlebihan dapat meningkatkan risiko sakit Batu Karang!

Teh ais mengandungi salah satu bahan kimia yang memacu pembentukan batu karang di dalam badan kita.

"Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang,teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten professor Departmen Urologi.

Secara teorinya,Batu Karang adalah batu kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, ginjal atau saluran kencing.Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Kajian juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan buruk. Mereka menyebut antara lainnya bayam, cokelat, kacang, garam, dan daging.

Sebaiknya,pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu haruslah secara terancang demi kesihatan ginjal.Makanan yang tinggi kalsium adalah sangat baik sekali untuk kesihatan kita.Dan yang paling penting,perbanyakkan lah minum air putih (air suam)

Thursday, February 24

1. Jangan Simpan Dalam Poket
Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone (hp) didalam poket seluar, sebaiknya sebaiknya selepas membaca ni akan berfikir dua kali kerana, hp menghasilkan medan elektrostatik & elektromagnetik yang mengakibatkan ketidaksuburan lelaki.

2. Jangan Guna Dekat Barangan Elektronik
Jangan gunakan hp ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain.. daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam hp terbakar.

3. Jangan Dekat Dengan Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, hp yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan impak kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Hpl yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkat terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan tersebut.

4. Jangan Dekat Dengan Komputer
Komputer & hp adalah alat yang gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan. Anda tentu tidak ingin kalau kedua-dua gajet kegemaran anda kerosakkan ?

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi
Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi, & berdebu merupakan geng musuh hp anda.. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali “menjemur” hp anda di atas dashboard kereta, tingkap & beg.

6. Jangan Meletakkan Kad SIM Dekat Magnet
Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana radiasi yang dipancarkan. Hp juga berkebolehan untuk merosakkan kad memori & kad kredit anda.

7. Jangan Dekat dengan Logam
Hindari hp anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana speaker hp anda akan menarik benda-benda tersebut. Hp akan mengalami kerosakan fizikal.

8. Jangan Dekat Alatan Hospital
Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk hp. Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantuan pendengaran & alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan kerana hp, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap

9. Jangan Dekat Dengan Gas Yang Mudah Terbakar
Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan hp anda tidak berfungsi dengan baik.

10. Jangan Basah
Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kepada kamera hp.. Apatahlagi ketika musim hujan, boleh mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah untuk menyembunyikan hp anda sebelum hujan tiba.

Wednesday, February 23

Papan Tanda Yang Cukup Memberi Kesan
















Tuesday, February 22

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan lappay di atas pahanya.

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP

Monday, February 21



as at
Mon Feb 21 17:35:00 2011



Perak AHL2974
Selangor BLD3241
Pahang CCT5198
Kelantan DBU2368
Johor JMS9344
Kedah KCW6148
Langkawi KV641D
Labuan LD5154
Melaka MCA4607
N Sembilan NCM1153
Pulau Pinang PKA4057
Kuching QAW701
Sri Aman QBA9302
K Samarahan QCC1437
Limbang QLA4648
Miri QMR152
Kapit QP5762
Sarikei QRF6294
Sibu QSU2093
Bintulu QTH3754
Perlis RJ5121
Kota Kinabalu SAB2720E
Beaufort SB2161B
Lahad Datu SD5759F
Kudat SK354A
Sandakan SS6964N
Tawau ST891P
Keningau SU4234B
Terengganu TBB8681
Kuala Lumpur WUX9107

Salam. aq nk ajak korang share nickname korang yang pelbagai N plik2 je sume.. ok.. jgn mlu2 tau.. hehe juz   nk tau je..


NICKNAME:AqXakep

MAKSUD: Dalam bahasa Rusia, XaKeP bermaksud pengodam.. tp aq baik pnye xakep.. dun worry..
MACAM MANA DAPAT NICKNAME NI:nth la.. cmne leyh terlintas nk bt nick gnie..

Sunday, February 20

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.

Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.

Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............! Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?” Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.

Katanya: “Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab:

Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.............!! Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.

Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya : Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.

P/S: Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.................

Saturday, February 19

Adess td pg aq trun la tingkt bwh umh aq... nk pg dpur.. almaklum lh nk bekfest la katakn...

Lpas ciap2 sume... aq terperasan yg kasut aq sorng2 je... temannye ilang nth ke mana ia itu [stokin] ahhaaa... alamak sudah ilang stokin aq....


huhuu cmne leyh ilang stokin aq nie?? haish... aq pelik.. xkn stokin pn ade org nk curi kot... mentang2 la stoking aq bru lg kot.. ahaha

Dh la stokin ADIDAS... kasut NIKE... 1 pasangang yg secocok hehee... p skunk dh xde stokin huhu cian kat kasut.. nmpk gayanye aq kne bli yg bru la.. adess

-1-
Maxis dimiliki oleh Ananda Krishan yang
bertopengkan
Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi
Binariang.

-2-
Pemilik Maxis, Ananda Krishnan, dikatakan
menyumbang 10% keuntungan tahunan
syarikat kepada Persatuan Hindu Sangam
Malaysia(PHSM). PHSM adalah antara
penggerak utama Inter Faith
Commission(IFC).

-3-
Pemilikan syarikat Maxis mungkin proksi
dengan nama Ananda Krishnan.
Kita tidak tahu siapakah nama-nama yang
diproksikan oleh beliau. Mungkin nama-
nama yg diproksikan itu salah seorangnya
yang melakukan sumbangan tersebut.
Sumbangan-sumbangan seperti ini adalah
biasa bagi syarikat-syarikat besar. Adalah
tidak hairan jika Ananda Krishnan mahukan
sumbangan itu kepada sesuatu yang
berkaitan dengan beliau.
Apa ajaibnya dia hendak menyumbang
kepada persatuan-persatuan ISLAM atau
konglomerat muslim?


-4-
Celcom sekarang telah mendapat CEO baru
iaitu Dato' Shazali.
Saya tidak kenal beliau dengan rapat tetapi
saya rasa sejak die menjadi CEO,
Celcom telah mengorak langkah untuk
mendapat higher subsriber base
dengan marketing yang aggresif. Oleh itu
marilah kita beri sokongan.
Lagipun, atleast dia ni orang MELAYU &
ISLAM..
rather than bagi sokongan pada orang
KAFIR!!

-5-
Dibawah Maxis, terdapat ASTRO, syarikat
televisyen berbayar utama negara.
Dan salah satu program di ASTRO adalah
Akademi Fantasia,
yang telah banyak melakukan kerosakan
minda terhadap anak-anak orang Islam.
AKADEMI FANTASIA?!?!?
Huh, saya tanpa ragu-ragu menyatakan ini
adalah agen perosak minda
umat Islam lebih-lebih lagi melayu.
Berapa banyak masa orang melayu
dihabiskan berborak mengenai Mawi, Vince,
Zahid dll?
Ya, memang benar AF di bawah ASTRO dan
dibawah MAXIS.
Itu sahaja alasan untuk memboikot? Siapa
yang mendominasi jumlah sms yang
dihantar? Tidakkah terfikir, dengan
kurangnya sms yang dihantar untuk AF maka
kurang juga jumlah
10% yang hendak disumbangkan itu?

-6-
kita semua kan
dah tau..
maxis selalu taja program camner?
HibURaN kannn...
kalo imbas balik masa tsunami ari tu..cara
menderma melalui sms.. tak de satu iklan
pun dari maxis..
kalo dari sykt telekomunikasi, yang ada juz
dari Telekom, Celcom dan DiGi..

-7-
Teknologi yang digunakan oleh Maxis ialah
GSM900.
GSM900 mempunyai kelemahan di mana
"network capacity" of GSM900 is not that high.
GSM 900 base station theoretically can reach
a radius of 25 km, but within the 25km you
have so many subscribers that you get
network congestion. It is a technical limitation
that if the base station limit is reached
(meaning a certain number of users are in a
conversation) the rest cant go through.
Celcom pulak menggunakan GSM1800
(selepas merge dengan TM Touch)
yang merupakan system yang lebih maju
dibandingkan dengan GSM900.
Ia adalah teknologi yang di keluarkan atau di
cipta kerana GSM900 mempunyai
limitasi teknikal seperti yang diterangkan di
atas. Oleh kerana GSM1800 beroperasi di
frequensi tinggi iaitu 1800MHz bebanding
dengan GSM900 (900MHz) maka base
station coverage adalah
rendah iaitu lebih kurang 5 km.
(paham ke tak nih?)

-8-
Maxis lazimnya memberikan kerja kepada
orang Tamil/Hindu.
Ini adalah fakta dan bukannya cerita yang
saya reka. Tak percaya tanya orang yang
kerja Maxis.
Saya mempunyai kawan di sana
dan pernah
pergi interview di Maxis
dan ini adalah pemantauan saya.
Celcom lazimnya memberikan kerja kepada
orang Melayu/Islam.
& fundamentalnya Celcom employs Malays/
Muslims.

-9-
Dengan Celcom, ade 8pax dan skrg dh ad 15pax. boleh isi 8-15
nombo pilihan...
yang paling best, boleh aktifkan no phone
umah ke dalam 8pax dan 15pax nie
saye gune celcom untuk tepon umah..
berhubung lame pun tak pe sbb murah..
Maxis plak ade activ10..boleh isi 10 nombo
pilihan je, kurang 5 nombo dari celcom
dah la tu, takleh letak no rumah..boleh letak
nombo maxis ja...
kalau gune maxis untuk tepon umah,tersgtla
mahal..ngabihkan boreh ja!

-10-
maxis kan
perabih duit pengguna dia, baru ni
maxis jadi sponsor utama kpd anugerah
hiburan, Anugerah Seri Angkasa RTM...
tahniah kerana menjadi penaja kpd
anugerah yg tak berprestij tu...
cam hampeh je pemenang dia.
nk bangga apa sangat bleh sponsor berjuta-
juta pun...kita sebagai user dapat apa??
apa pun takda untung..think about it...duit
sponsor juta2 tu pun rembat duit kita gak...
saya tgk celcom penah gak taja... sukan,
forum ilmiah
saya tgk iklan tv baru2 ni, celcom advantage,
seni mempertahankan diri utk wanita...
bagus la jugak...nampak ler professional
sket!


-11-
maxis dah untung lebih tapi habuk takde.....
hm....saya rasa celcom dan digi lagi
bermurah hati berbanding maxis nie...
pengguna prepaid celcom yg recaj >RM50
setiap kali akan dpat bonus airtime...
------------ --------- --------- --------- ------
tempoh pakai nombor (kadar bonus)
============ =========
4 - 5 bulan (5% )
6 - 11 bulan (8% )
> 12 bulan (10% !!)
------------ --------- --------- --------- ------
prepaid digi pun ada gak kadar bonus yg
mcm nie...
mcm Hotlink, dia x bagi bonus..
tapi baru2 nie Hotlink dah buat satu kadar
rata siang malam nationwide utk call to
sumer
no. maxis (012/017)..call to other
networks flat rate gak tapi ikut kawasan...
so, camner?korang still nak stay and go on
with MAXIS???

Fikirlah masak-masak ye kawan...bukan ape,
kite sama2 melayu, sama2 Islam...
fikirlah cikit demi kepentingan ISLAM!!! kate
nak berjuang untuk ISLAM...
tp, takkan nak berhijrah dari MAXIS ke
CELCOM pon takleh buat!!
sape lagi yang boleh majukan ISLAM kalau
bukan kite?

macamne nak tegakkan ISLAM kalau kite
sendiri duk sokong orang kapir n
tak support orang Islam sendiri?!?!
memang le diakui celcom tu takde la 100%
bersih n suci..lagi2 bile dah masuk
marketting
tapi at least fikirlah n nilailah as we are a
muslim, right?

saye tau, yg jadik masalah sekarang sebab
korang pikir gini kann...
"aku tukar ni kang, payah dah la nak msg
ngan member2...
depa sumer
maxis. Mahal beb, 1 message
15sen!"

Actually, Kalau kite pakat hijrah dari maxis ke
celcom ramai2, takkan timbul masalah pun...
celcom ke celcom pun 5sen gak..ade 8pax dan 15pax
lagi...
bile dah tuka tu, ajak la member2 korang tu
sumer tukar!
sebarkan flyers nih...bagi diorang tau
maklumat nie...

kate nak buat amar makruf & nahi
mungkar...ha! ape ditunggu
lagi??sampaikan maklumat yang boleh
selamatkan saudara2 seISLAM kite daripade
terus sumbangkan duit kat kafir laknatullah tu
ape lagi, bagi yg takde duit sgt tu, dapat jer
PTPTN @ KPM, beli ler simcard CELCOM
daripade beli topup Maxis...harge simcard n
harge topup tu pun lebih kurang je...
bukannyer susah pon...

tinggal nak ngan taknak jer....kate orang,
hendak 1000 daye, taknak 1000 dalih"
ntahla...membebel panjang2 pun tak gune
jugak...korang sume dah besa, ade akal
pikiran,

"Tepuk dada, tanya hati, di mana IMAN..."
saye nak ingatkan,
FIKIRLAH UNTUK ISLAM ! ! !

Friday, February 18

CHRISTIAN OWENS menjadi jutawan dalam usia baru 16 tahun selepas memulakan perniagaan Internet dua tahun lalu.



NORTHAMPTON - Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.

Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. - Agensi

Thursday, February 17


Nah.. Nie Hadiah Xseberapa Dri Admin TgokJum.. Harap U all Sudi TerimaNya..

Link Hadiah Sila Klik Di Bwh Nie..

Wednesday, February 16

1st: korg open notepad.


2nd: paste kan bnde nie: 


CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"Xakep Love YOU"


3rd: korg save as... save sebagai lebiu.vbs
4th: save kat destop supaya korg sng cari...
try la...



last: korang klik la lebiu.vbs n dgr suare lappy..

Monday, February 14

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....

Sunday, February 13

Punyerlah awl aq bgun arini.. gara2 byk sgt kje yg nk d bt... bt ckit je.. pastu.. duk on9 fb plak.... komen2.. update blog plak... tgk2 jm dh kul 1 lbih.. haihs... g smyg dlu.. pastu perut gtau smting..

krok..krok..krok.. hahaa..
korang tau x ape yg perut gtau. hehe pikir2 kn lh nye..
So. aq pn g lh kdai.. smpai kdai ternmpk sardin.. lidah nie terasa mcm nk mkn sardin plak.. aq pn tnpe berlengh.. trus amek 1 tin besar sardin... N jgn lupe roti..

Sesmpai je kt umh.. trus pikirkn respi2 nk bt sandwich.. haha sandwich pn ade respi jgk ek.....

  1. pertama sekali sediakan setin sardin, sebiji timun, sebiji bawang besar, dua biji cili merah dan cili sos secukupnya. pastikan sardin yang anda beli adalah halal dan diyakini.
  2. potong2 cili merah kecil2 bentuk cam dadu, sama juga untuk timun dan bawang. jangan lupa basuh dulu bersih2 sebelum potong.
  3. keluarkan ikan sardin dari tin, pastu hancur-hancurkan guna garfu. jangan buang sosnya.
  4. campurkan semula ikan sardin yang dah dihancurkan tadi dengan sosnya, pastu gaulkan dengan semua timun, bawang dan cili merah yang dah dipotong kecil2 tadi.
  5. tambah sedikit sos cili secukup rasa. jangan tambah garam, aji naik moto atau sebarang perasa lain yang tak sedap.
  6. hidangkan bersama roti. disarankan makan dengan roti gardenia yang merupakan feveret aku. hehhehe :D
  7. makan dengan sopan dan tertib, jangan lupa baca basmalah. lagi best kalo dapat makan secara berjemaah bersama keluarga n ngn org tersyg..... huhu
Dan ini lh hasil nye.. haha yg len2 aq tmbh2 sndri lak.. tu yg nmpk plik je nie.. haha tp sdap kot..

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Thursday, February 10

Jum Gelak.. Hahha sje2 suke jew

Ada sebuah Notebook MacBook model terbaru yang nak dijual dengan harga yang amat murah. RM500 sahaja... BRAND NEW!

Jangan risau, MacBook ni bukan curi punya yeeee... Untuk melihat spesifikasi, klik "Baca Seterusnya..."

Spec:



* 8.4GHz Intel Core 20 Duo
* 20GB DDR3 memory
* 250TB hard drive
* 80x double-layer SuperDrive
* NVIDIA GeForce 320G graphics
* Built-in 100-hour battery2
* Polistren unibody enclosure

* Ships: Within 24hrs
* Free Shipping
* RM 500.00

Ini gambar MacBook tersebut...


Hahahaa.. jgan marah... hehehe.. just for fun..

PROSES mengecas peranti elektronik kini lebih mudah dengan pengecas wayarles ElectroHub.
Pengecas tanpa wayar ElectroHub itu membolehkan peranti elektronik anda dicas tanpa perlu dicucuk sebarang kabel padanya.

Anda hanya perlu menukarkan bateri asal peranti anda dengan bateri keluaran ElectroHub dan anda boleh mengecasnya dengan hanya perlu meletakkan gajet anda pada pad pengecas.


Wednesday, February 9

Kristina Svechinskaya,seorang pelajr di universiti di NY.

Beliau adalah slah seorang hackers-yg terdiri dari kumpulan pelajar yg terlibat dgn beliau-di universiti tersebut yang di tahan di USA kerana disyaki melesapkan 3m dollar dri bank di Amerika dan 9.5m dari bank British. Beliau juga telah digelar sbg Anna Chapman kedua-seorang spy Rusia..



Tuesday, February 8

Budak Cute Yg Tinggal Kat Jerman Nyanyi Lagu Malaysia Pelat Jerman



Ish2.. ape la nk jd nie...  masih skolah lg kot... xptut2...

Monday, February 7


SUBHANALLAH!!! thn ini mempunyai 4 tarikh aneh, 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11 dan 11-11-11..cuba ambil 2 digit terakhir thn kelahiran anda dicampur dgn 
umur anda thn ini..hasilnya pasti 111..subhanallah..try it!

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".


Korang leh la gune tau.. hehe.. nie asik gune thumbUp jew..

Wednesday, February 2

Pantai Paka, Dungun, Terengganu








_