Monday, September 15


Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri ataupun akibat dicuri orang. Biasanya, jika telefon hilang, ia sememangnya menjadi satu masalah yang besar kepada pemilik telefon. Dan biasanya kes-kes seperti ini sukar untuk diselesaikan.

Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain.

Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.

Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif.


Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :

Telefon anda hilang atau dicuri

Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah

LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.

LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.

Penulis sendiri sudah mencuba aplikasi tersebut, dan ternyata ianya berkesan! Berikut adalah contoh emel penulis terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah.
Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..
Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan? - SiakapKeli.com

Saturday, June 28

Lelaki sewa 4 panggung IMAX kerana dendam 
kepada bekas kekasih


BEIJING: Seorang lelaki di China yang pernah ditinggalkan oleh teman wanitanya tujuh tahun lalu kerana dia miskin menyewa empat pawagam IMAX pada hari pertama tayangan Transformers untuk membuktikan kekasihnya itu tersilap.

Lelaki itu membelanjakan lebih kurang RM120,000 untuk sewa empat pawagam itu, lapor agensi berita AFP.

"Hu Xiaoyun: Aku sangat miskin semasa kita di tahun empat di kolej pada 2007 sehinggakan aku hanya mampu beli dua tiket wayang," tulis lelaki itu di jaringan media sosial Sina Weibo.

"Semasa kau hendak ke Beijing kau kata aku akan tetap macam itu.

"Aku bekerja keras sejak tujuh tahun yang lalu kerana kutukan itu dan hari ini aku belanja separuh pendapatan bulananku untuk tempah semua kerusi di pawagam IMAX di Beijing pada 27 Jun.

"Aku hanya hendak beritahu mungkin pilihan kau pada masa itu tersilap."

Dalam mesejnya, lelaki itu juga menempelkan bukti penempahan tersebut serta tiga keping resit yang berjumlah 250,000 yuan. Dia juga menyeru pengguna Internet supaya menyebarkan mesejnya itu sehingga bekas kekasihnya nampak dan dia menjanjikan mereka tiket percuma.

Lelaki yang dikenali hanya dengan nama keluarganya, Wang, menggunakan nama di Chicken Run 1234 di Sino Weibo dengan gambar puak Na'vi dari filem Avatar sebagai imej profailnya. -- Agensi

Sumber -astroawani.com

Transformer 4 - http://ow.ly/yxKM9

Monday, June 2

 Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum ramadhan ?

Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum ramadhan ?



Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370:
Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.
Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup.
Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian ” sulit ” dipersetujui. Sambungan cerita MH370 ini anda semua boleh baca di bawah wall ini.

Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu……….. Oleh kerana penumpang yg teramai adalah dari negara China, negara China mungkin akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking number satu di dunia.
Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku ” Hijacked ” ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.



Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!

Okey ini ada maklumat terbaru yg diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan ” dihijacked ” dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked….

Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum… !!!!

Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat … sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan… Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar… Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !!!!!



_