Friday, April 11

AMMAR AFFENDY, AUDI R8 ADALAH PILIHAN ANAK ROZITA CHE WAN?
AMMAR AFFENDY, AUDI R8 ADALAH PILIHAN ANAK ROZITA CHE WAN?

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan Rozita Che Wan bakal menghadiakan anaknya, Ammar Affendy sebuah kereta BMW X6 sempena kejayaan mendapat ’8A’ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun Ammar menyangkal laporan tersebut.
chetaanakTerkini, bercakap kepada mStar, Ammar memberitahu Audi R8 adalah kereta pilihannya. Kata Ammar:-
Hahaha… Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’. Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho.
Pada Rabu saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai. Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari.
p/s: fuyoo, tengok kereta macam pergi kedai baju bundle tengok mana yang berkenan..

Tuesday, April 1

Isteri cekup suami dengan skandal hanyalah "April Fool"

YA! Satu Malaysia tertipu dengan video lakonan pasangan Melayu Singapura yang tersebar di media sosial sejak dua hari lepas.

Video yang terbahagi kepada  dua bahagian itu mempertontonkan situasi dimana seorang isteri berang dengan suaminya yang didapati kantoi keluar bersama skandal gadis yang lebih muda.

Ditambah lagi dengan elemen rakaman "Handphone", maka ramai yang mempercayai kejadian itu seakan benar-benar berlaku.

Isteri cekup suami dengan skandal hanyalah "April Fool"

Melalui laman Facebook Stesen TV Singapore, Media Corp memuatnaik gambar 3 pelakon ini dengan caption "HAPPY APRIL FOOL'S DAY" bersempena tarikh 1 April pada hari ini. Video ini juga dibuat untuk rancangan TV Popular di negara itu, The Noose.


Kita semua sepatutnya mengjangkakan perkara ini lebih awal... namun memandangkan si pelaku adalah orang Islam maka ramai yang mempercayai lenggang lenggok pelakon itu.

Watak utama dalam video itu dilakonkan oleh Siti Khalijah Zainal, Melayu kelahiran Singapura, yang turut dibantu oleh watak suami bisu dan gadis gedik...

Cakkk!!! Sayalah makcik tua gemuk dalam video tu

Lagi video penjelasan mengenai video viral tersebut berserta subtitle yang dimuatnaik oleh Media corp:



Sumber: tengoktvonline

Monday, March 31

Suami ditengking Isteri depan orang ramai, kantoi keluar dengan skandal! (Video)


Dua video rakaman menunjukkan seorang isteri berjaya mencekup suami bersama skandalnya menjadi viral di media sosial.  Kejadian itu dikatakan berlaku di Singapura.

Video pertama menunjukkan permulaan scene di dalam sebuah bas dimana si isteri menengking si suami dihadapan gadis itu. Antara kata-kata yang dilemparkan si isteri:

"Anak dah banyak kat rumah, you buat macam ini... tak tahu malu ke? Eh sedar la diri tu sikit... dah tua"

"Hey this one no money lah" kata-kata si isteri kepada gadis itu pula.

VIDEO PERTAMA


Kemudian video kedua adalah susulan video pertama yang mengambil tempat di kawasan pejalan kaki, setelah mereka bertiga turun daripada bas itu.

Si isteri yang begitu berang dengan kejadian itu tanpa segan silu mengherdik suaminya dihadapan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu.

"If you don't do anything wrong then you say lah... Kurang ajar... 

"Hey this one as young as your daugther lah...

Kemudian si isteri kembali menengking skandal suaminya "Eh baju kau tak cukup kain ke nak pakai sleeveless ..."
VIDEO KEDUA

Kejadian ini sememangnya agak memalukan kerana dirakam di tempat awam. Pasangan suami isteri tersebut seperti golongan yang terpelajar, mungkin sebab itu si isteri berjaya menahan dirinya daripada mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun.

Walaubagaimanapun, isteri mana yang tidak berang jika mendapati suaminya curang!

Namun apa yang melucukan, dalam kemarahan si isteri sempat mengaitkan keadaan dirinya yang gemuk ketika ini mungkin punca suaminya memilih gadis itu.

Semoga menjadi pengajaran kepada para suami di Malaysia... dan juga isteri - TengokTVonline

UPDATE:


Klik:  Video (Part I & II) Isteri cekup suami dengan skandal hanyalah "April Fool"


Sumber: tengoktvonline