Monday, June 17

Tentera Bertempur Bersama Teknologi Android?

White Sands, New Mexico -

Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat menurut laporan FoxNews.com.

Kini para tentera Amerika Syarikat dilaporkan sedang giat melakukan percubaan bagi peranti Motorola ATRIX dan Motorola GD300 dan lain - lain peranti di dalam simulasi peperangan sebenar.

Ketika di medan peperangan, para tentera tidak perlu mencari pancaran isyarat pembekal telekomunikasi seperti dari AT&T atau Virgin Mobile untuk telefon pintar mereka sebaliknya dihubungi oleh peranti USB sebagai sistem komunikasi radio untuk menghantar dan menerima data serta audio di dalam rangkaian yang dilindungi. Kemajuan teknologi ini adalah lebih jauh dari apa yang berada dipasaran walaupun peranti mungkin kelihatan sama.


Kredit & kalu nak baca artikel sepenuhnya: http://www.gombug.net

Teknologi Android 'bertempur' bersama Tentera?

_