Showing posts with label [Gambar] Bogel Depan Pavilion Jika Malaysia Menang. Show all posts
Showing posts with label [Gambar] Bogel Depan Pavilion Jika Malaysia Menang. Show all posts

Monday, March 31

Suami ditengking Isteri depan orang ramai, kantoi keluar dengan skandal! (Video)


Dua video rakaman menunjukkan seorang isteri berjaya mencekup suami bersama skandalnya menjadi viral di media sosial.  Kejadian itu dikatakan berlaku di Singapura.

Video pertama menunjukkan permulaan scene di dalam sebuah bas dimana si isteri menengking si suami dihadapan gadis itu. Antara kata-kata yang dilemparkan si isteri:

"Anak dah banyak kat rumah, you buat macam ini... tak tahu malu ke? Eh sedar la diri tu sikit... dah tua"

"Hey this one no money lah" kata-kata si isteri kepada gadis itu pula.

VIDEO PERTAMA


Kemudian video kedua adalah susulan video pertama yang mengambil tempat di kawasan pejalan kaki, setelah mereka bertiga turun daripada bas itu.

Si isteri yang begitu berang dengan kejadian itu tanpa segan silu mengherdik suaminya dihadapan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu.

"If you don't do anything wrong then you say lah... Kurang ajar... 

"Hey this one as young as your daugther lah...

Kemudian si isteri kembali menengking skandal suaminya "Eh baju kau tak cukup kain ke nak pakai sleeveless ..."
VIDEO KEDUA

Kejadian ini sememangnya agak memalukan kerana dirakam di tempat awam. Pasangan suami isteri tersebut seperti golongan yang terpelajar, mungkin sebab itu si isteri berjaya menahan dirinya daripada mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun.

Walaubagaimanapun, isteri mana yang tidak berang jika mendapati suaminya curang!

Namun apa yang melucukan, dalam kemarahan si isteri sempat mengaitkan keadaan dirinya yang gemuk ketika ini mungkin punca suaminya memilih gadis itu.

Semoga menjadi pengajaran kepada para suami di Malaysia... dan juga isteri - TengokTVonline

UPDATE:


Klik:  Video (Part I & II) Isteri cekup suami dengan skandal hanyalah "April Fool"


Sumber: tengoktvonline

Sunday, May 19

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita WAJIB Tahu


5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu 

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami tak nak kena saman.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. 

Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Wednesday, November 28

_