Thursday, January 6

Selamat Hari Lahir Ibu

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu / emak / bonda / mama / mami dan sebagainya... Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan...

Tak ternilai pengorbanan yang telah ibu berikan untukku…
ibu lah yang melahirkanku,
seterusnya, menjagaku, mendidikku sehingalah aku jadi seperti sekarang…
ya Allah, jagalah ibu untukku,
berilah ibu kebaikan yang paling baik..
letakkanlah ibu dan ayahku, bersama-sama
 mereka yang soleh




Tiada hadiah istimewa yang dihantar dari jauh...InsyaAllah mendoakan ibu dan ayah di setiap penghujung solat.Duhai Allah, ampunilah dosa-dosa  2 insan yang ku kasihi ini,sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu kecilku.Duhai Allah, ketika aku berada berdekatan dengan mereka,banyak sekali tingkah laku dan kata-kata yang menghiris hati mereka.Ampunilah hambaMu ini,duhai Allah.

Disini aq ada sedikit puisi utk mu ibu.. dan jga utk ibu2 yg hari lahirnya esok...




Selamat Hari Lahir Ibu...

Hidup ini terlengkap dengan hadirmu
Terima kasih Allah yang mendatangkan Ibu
Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu
Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku



Kulihat kau amat sederhana ibu
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu


Hari ini hari lahirmu
Di pagi negeriku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu ibu yang berhati mulus


Orang lain menyambut tahun baru
Tetapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu
Dengan tembakan-tembakan doa
Aku sujud kepada Tuhan
Yang memberikanku dikau wahai ibu


Selamat hari lahir
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai ibu

2 comments

iwan_dextrous January 7, 2011 at 3:02 PM

pengorbanan ibu mmg besar...sebak iwan bce puisi nie..huuuhuh

Dextrous cyber life

Manusia Biasa January 7, 2011 at 5:04 PM

huhuhu mmg pn.. thx iwan coz bce ..

_