Tuesday, September 20

High Cam vs Low Cam

So hari ni aku nak terangkan benda ni dari sudut engineering....bukan bawah pokok ceri punye fakta...
-low cam=low valve lift
-high cam=high valve lift


secara teori high-cam memindahkan usable powerband dari paras std kepada aras rpm yang lebih tinggi...(kalau tengok graf dyno puncak graf berada dekat dgn redline)
manakala low-cam pulak memindahkan powerband ke aras rpm yg lebih rendah...(menumpukan puncak graf pada bahagian rpm yg lebih rendah)

dari situ sebenarnye boleh tengok kalau 2bijik motor serupa 1 guna lowcam satu guna highcam akan nampak perbezaan pecutan dan jugak topspeed dua motor ni...

motor lowcam akan memecut lebih awal...tapi bila rpm dah meningkat "usable powerband dah xde" top akan tergantung
motor highcam pulak yang tertinggal tadi akan memotong pada masa ni kerana usable powerband berada pada tahap rpm yg lebih tinggi maka moto akan terus memecut walaupun rpm dah hampir maksimum....

so rasanya dah nampak apa faktanya kan....
tapi....mesti ada yg bantah kata lowcam boleh buat top speed...
ya..memang boleh....tapi kene pakai spoket yang ratio kecik untuk menten rpm dalam powerband enjin tu untuk target speed yg dikehendaki....

lepastu mesti ada yang kata highcam pun boleh buat main pikap....

boleh..sama jugak kes dgn lowcam...beza dia kene pakai ratio besar sebab nak senang capai rpm tinggi...baru dapat jejak bahagian "sweet-spot" powerband enjin tu..... -newbies- :)

_