Monday, February 3

Perubahan Nombor Akaun Baru CIMB

Mulai 3 Februari 2014 (jam 6.00) – CIMB akan mula melancarkan kemaskini sistem perbankan mereka dan dari tarikh ini juga perkhidmatan CIMB akan mula seperti biasa semula. Antara kemaskini yang bakal terlibat ialah pertukaran nombor akaun CIMB yang lama kepada No akaun 10-digit.

Bank CIMB melumpuhkan sistem mereka sebelum ini mulai 31 January 2014 yang lepas kini akan mula beroperasi semula dengan beberapa fitur baru.

Apa yang anda perlu tahu tentang Nombor Akaun Baru CIMB

  1. Nombor lama masih dapat digunakan kecuali untuk perkhidmatan perbankan telefon dan MyMobile.
  2. Nombor akaun baru akan dipaparkan apabila anda log-masuk CIMB-Click.
  3. Nombor akaun CIMB di CIMB-Click yang tersimpan sebagai favourite akan diubah secara automatik.
  4. Jika anda ingin melihat semula atau menyemak Nombor Akanun Baru CIMB – boleh login di CIMB-Click dan pilih My Accounts > Account Number Lookup (rujuk rajah di bawah).
CIMB Account Number Lookup Perubahan Nombor Akaun Baru CIMB
CIMB Account Number Lookup
Jika anda gagal di mana-mana bahagian di atas sila hubungi 1 300 880 900 (di dalam Malaysia), +603 2295 6100 (luar negara) atau emel callcentre@cimb.com.

Perkara ini penting kepada mereka yang sering menggunakan CIMB-Click sebagai medium pembayaran dan jual beli. Lain-lain kemaskini turut dilepaskan bersama – sila rujuk di laman web CIMB-Click untuk lebih informasi.

Sumber: http://www.cimbclicks.com.my/upgrade.html
Sumber: http://www.sukasedap.com

_