Monday, March 21

Sengugut

Atas permintaan sorang pembaca TGOKJUM, telah meminta aq mencarikan petua bagaimana utk merawat dan mengurangkan masalah senggugut.
Maka bagi memenuhi permintaan beliau, aq kongsikan 6 petua mengurangkan masalah senggugut.


Petua 1 :

Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 :

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 :

Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 :

Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 :

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 :

Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

_