Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, October 23


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Thursday, October 18

Kesan Buruk Menggunakan Laptop Tanpa Bateri
Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil menge’charge’ bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.
Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya. ha tengok laa..
Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.
Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara 2-3 tahun.

Tuesday, October 16

Carik bakal bini kat pasar minggu hari sabtu/ahad pagi sebelum pukul 10.
Sebab :

Bini yang baik adalah bini yang bangun pagi. Kenape sabtu/ahad? Sebab weekdays semua orang bangun pagi.sebab terpaksa.
Kerja punya pasal.awal2 kawin boleh la bangun lambat
Bini yang bagus adalah bini yang kenal nama dan bentuk ikan dan sayur.

Kalau awek u all setakat tau ikan lumba2 dan ikan paus, sila nilai semula hasrat nak berbinikan mereka.
Bini yang best adelah mereka yang jenis tak kesah nak pegi pasar. saving duit u all. cube bayangkan kalau bini u all anti pergi pasar. takkan nak beli ikan kat times square?

Monday, October 15

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg DEGIL.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (kesian)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi perangai dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas

Sumber : Pakar Diari Hati

Sunday, October 14

Shila, Sharnaaz nikah 2014
Shila, Sharnaaz nikah 2014

Enggan membiarkan hubungan cinta mereka menjadi buah mulut serta mencetuskan pelbagai gosip liar, penyanyi, Shila Amzah dan kekasih, Sharnaaz Ahmad, merancang untuk menamatkan zaman solo mereka dua tahun lagi. 
Merancang untuk mendirikan berumah tangga pada 2014, Shila menganggap tempoh dua tahun yang berbaki dapat digunakan mereka sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi kerjaya seni masing-masing. Bukan kerana desakan keluarga, sebaliknya sebuah keputusan yang dicapai hasil perbincangan bersama, mereka berasakan 2014 ialah tahun paling sesuai untuk memikirkan hala tuju masa depan perhubungan terbabit. 
Sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya manakala Sha sendiri kena berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Shanghai kerana terikat dengan Shanghai Media Group selama dua tahun. Sejak menang pertandingan Asian Wave, jadual Sha penuh dengan undangan persembahan sehingga tahun depan. 

Sebab itulah kami memutuskan untuk menumpukan kepada kerjaya dalam tempoh ini. Perjumpaan kedua-dua belah pihak pada Hari Raya lalu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai soal kahwin. Keputusan ini ialah hasil perbincangan antara kami saja, kata Shil ayang senang membahasakan dirinya Sha, ketika ditemui di ibu kota, semalam. 

Meskipun kini semakin sibuk dengan persembahan di Malaysia mahupun China, mereka tetap saling berhubung. Bahkan penyanyi berusia 22 tahun ini tetap menganggap Sharnaaz sebahagian daripada tulang belakang kejayaan kerjayanya ketika ini. 

Diusik pertanyaan apakah dia tidak risau apabila mendengar khabar putus cinta rakan artis lain, sedangkan tempoh untuk mereka menaiki pelamin agak jauh, Shila berkata, dia meletakkan kepercayaan penuh pada Sharnaaz dan menganggap buah hatinya seorang yang amat memahami. 

Alhamdulillah, sejak menang pertandingan itu, rezeki Sha bertambah dan ada kalanya tiada masa untuk dia. Namun dia tidak pernah marah atau rasa tersisih. 

Mulanya memang dia ada juga merajuk dan rasa dipinggirkan, tetapi dia faham keadaan Sha sekarang. Kami meletakkan kepercayaan dalam perhubungan, sebab itu ia mampu bertahan sehingga ke hari ini. Dia sendiri tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu mengejar impiannya dulu, kata penyanyi Patah Seribu ini. 

Berasakan penantian selama 12 tahun begitu berbaloi dengan kejayaan diraih, Shila ingin terus melebarkan sayapnya dalam tempoh dua tahun ini. Malah dia menganggap, langkahnya baru saja bermula dalam dunia seni. 

Sambil menganggap penantian Sharnaaz sebagai pengorbanan buat dirinya, Shila juga mahu memberikan yang terbaik dalam kerjaya sebelum memperlahankan rentak selepas bergelar isteri dan juga ibu, kelak. 

Keputusan bersama ini juga dibuat bagi merungkai segala persoalan di kalangan peminat dan media. Sha tahu, lagi lama hubungan ini terjalin, lagi banyak gosip timbul. 

Keluarga kedua-dua belah pihak pun sudah tahu mengenai keputusan ini dan mereka cukup memahami. Insya-Allah, kalau jodoh kami awal, mungkin lagi awal tarikh perkahwinan, katanya yang akan membuat persembahan pembukaan pada konsert Eric Moo di Beijing pada 17 November dan konsert Tahun Baru di Shanghai, China. 

Meskipun sudah mencapai kata sepakat untuk melangkah ke jinjang pelamin dua tahun lagi, namun Sharnaaz tidak mempunyai perancangan mengikat kekasihnya dengan tali pertunangan dalam masa terdekat. 

Keturunan saya, kalau bertunang pun paling lama dua bulan atau seminggu. Memang kami tidak suka bertunang lama-lama. Jadi buat masa ini tiada sebarang perancangan ke arah itu. Walau penantian memang perit, tapi saya tetap sabar menanti sehingga tiba detik manis itu, kata Sharnaaz pula ketika dihubungi Hip. 

Ditanya mengapa memilih 2014 untuk menamatkan zaman bujang, jejaka dari Pulau Pinang ini berkata, tempoh itu sesuai dengan kematangan usia mereka. 

Kalau boleh, memang saya mahu mendirikan rumah tangga sebelum usia mencecah angka 30 tahun. Pada waktu itu, usia saya 29 tahun dan Shila pula 24 tahun. Usia itu memang sesuai untuk kami mendirikan rumah tangga. Biarlah dalam tempoh dua tahun ini kami berusaha stabilkan diri terlebih dulu, tambahnya yang kini berada di Ayer Keroh, Melaka, bagi menjalani penggambaran telefilem. 

Mengulas pembabitannya dalam iklan komersial televisyen terbaru Shila, Safi Balqis Perfect 10, Sharnaaz mengakui amat teruja kerana inilah kali pertama dia berlakon dalam iklan. 

Hampir seharian saya menjalani penggambaran di sebuah banglo di Alam Damai, Cheras. Memang memenatkan kerana pengarahnya, Adnan Salleh atau Nan begitu teliti dalam pembikinannya. Bagi mereka, setiap 0.01 saat itu amat berharga. Walaupun penat, tapi ia menyeronokkan kerana dapat berlakon bersama buah hati, ujarnya mengenai iklan yang bakal menemui penonton mulai minggu depan.

Monday, October 8

Biasanya akan dihabiskan sepanjang aku online buat kerja part-time aku setiap malam.
Terasa nak minum Milo pun ada jugak ni.

Alang-alang dah bercerita pasal milo, ni kisah milo yang aku salin dari wikipedia :

Milo (drink)

Milo (pronounced /’maIlou/) is a chocolate and malt powder which is mixed with hot or cold milk to produce a beverage which is popular in many parts of the world. It is best taken in milk clumps. Produced by Nestlé, was originally developed by Thomas Mayne in Sydney, Australia in 1934. It is marketed and sold in many countries around the world.

Most commonly sold as a powder in a familiar green tin, often depicting various sporting activities, Milo is available as a premixed beverage in some countries, and has been subsequently developed into a snack bar and breakfast cereal. Its composition and taste differ in some countries.


1940s Milo tin

In 1934, Australian industrial chemist and inventor Thomas Mayne developed Milo and launched it at the Sydney Royal Easter Show. Milo began production at the plant located in Smithtown, near Kempsey on the North Coast of New South Wales. The name was derived from the famous Greek athlete Milo of Crotona, after his legendary strength.



Burger Bakar Abang Burn
Super-Duper-Cheese

Abang Burn berasal dari Pulau Pangkor & dia seorang chef dgn team Pelukis Makanan Malaysia. Dulu Abang Burn slalu buat steak & makanan western yg sedap sampai terangggkkaatttt!

Abang Burn sekarang bukak gerai dengan cara buat burger segar yg best. Idea dapat mase tgh mimpi nk pegi Australia. Abang Burn suka steak, jadi burger pakai sos steak & sos putih memang sedap bila makan dengan daging yang dibuat sendiri! 

---------------

KEPANTASAN BURGER BAKAR ABANG BURN

You will get your burgers 5-15 minutes upon ordering.
Our average serving time is 8 minutes!
The fastest recorded time was 3 minutes (customer: Muhammad Azrin)

---------------

OPERATION HOURS / TELEPHONE ORDERING

** Setiap Hari (Tiada Cuti)
** 5pm - 1230 am
** Kami terima tempahan telefon untuk 10 burger ke atas! Untuk tempahan kumpul2, gathering, boleh contact kakak burn : 012-9248982
** Abang Burn buat berger bakar paling cepat 5 minit, paling lambat 15 minit. Kalau walk-in pun sama dgn tempahan telefon :)

---------------

JELAJAH WAQF BULANAN

Abang Burn & usahawan di bawah license Abang Burn dedicate jualan 1 hari dalam setiap bulan untuk tujuan waqf kepada anak yatim, golongan tidak berkemampuan & tidak bernasib baik yg benar2 daif & tidak dapat bantuan dari mainstream media atau agensi kerajaan. Hari waqf selalunya Isnin ke-3 dalam setiap bulan.

Tujuan jelajah waqf untuk beri peluang pd team abang burn & customer untuk sama2 mencari & mengenali golongan yg tdk bernasib baik, & jika mana2 mempunyai kemampuan boleh tolong dari segi rohani, kewangan atau jasmani. 

Waqaf ni diberikan pd semua yg memerlukn tanpa mengenal bangsa, agama atau budaya. 

---------------

BIRTHDAY ABANG BURN

1hb Mei, Labour Day. 
Juga dikenali sebagai Team Day. Special day sebagai penghargaan kepada usaha, pengorbanan & teamwork effort setiap staff Abang Burn untuk memulakn & memajukan perniagaan Abang Burn.


Sunday, October 7


Upin Ipin - Pengembala dan Biri-Biri



Saya gembala biri-biri Semua dijaga rapi-rapi Sudah dibawa makan mari Boleh berehat senang hati Kami biri-biri Si Jarjit Hari-hari makan rumput je Jalan bersama atas bukit Nikmati indahnya dunia Saya kambing yang paling sihat

Dia kata saya terlembeeek Saya kambing yang paling cantik Saya suka, saya suka! Mari-mari dengar cerita kami Kisah penggembala dan biri-biri

Tolong! Tolong! Ada serigala di sini! Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri!

Serigala...? Serigala...? Mana...? Mana...? Mari kita tolong!

Grrr! Awoo! Akulah serigala yang lapar! Aku mahu biri-biri! Nyam, nyam! Aum! Hahahaha!

Tolong! Tolong! Ada serigala di sini! Tolong! Tolong! Habis biri-biri saya!

Serigala? Serigala? Mana? Mana? Kami tak percaya lagi Dia selalu mainkan kami Biarkanlah dia Kita sambung kerja kita Jom!

Biri-biri saya dah hilang Habis dimakan serigala



Kamu semualah, tak datang..
Tinggal saya seorang saja...
Itulah orang sudah kata...
Jangan biasa memperdaya..
Nanti orang dah tak percaya..
Bila terkena padan muka!..
Tamatlah sudah alkisah tadi..
Terima kasih dan jumpa lagi..


[ EBOOK ] Buat Duit Online
BUAT DUIT ONLINE.... satu ayat keramat yang menjadi impian semua orang termasuklah aku yang tengah menaip ni. hehehe...

Sejak tahun 2000-an berlumba-lumba semua orang mencuba nasib di internet. Semua nak Buat Duit Online. Dalam banyak2 tu rasa-rasanya berapa % kah yang berjaya? Bagaimana mereka ini berjaya? Macam mana pulak yang gagal...di manakah salahnya

Sebenarnya nak buat duit online ni kena step by step. Banyak benda kena belajar. Bukan main terjah je...Apa korang ingat macam MELODI ke yang boleh terjah2 orang ni.

Ari ni aku nak cakap pasal satu Ebook yang mungkin korang boleh baca, refer dan promote. Salah satu cabang buat duit online ialah buat duit dengan Adsense. Apa Adsense tu..a bird..a plane...no it is IKLAN!!!!

Adsense ni merupakan satu program pengiklanan di bawah google. ADSENSE ni berfungsi bila korang ada blog sendiri dan tepek iklan ADSENSE kat blog korang. Kalau blog korang tu bagus...visitor statistic mencanak naik hari-hari maka kemungkinan korang akan mendapat $$$$ itu tinggi. Caranya bila iklan adsense muncul dalam blog korang...jika ada mana2 visitor klik iklan itu maknanya....korang dah dapat $$$$

Syarat utama nak buat duit online dengan ADSENSE ialah korang mesti kena ada blog. Kalau tak dak blog korang nak tepek iklan Adsense tu kat mana? Jadi Ebook ni memang teramat sesuai untuk mereka yang baru nak mengenali dunia blog. Pendek kata newbie la. Inilah kumpulan niche yang paling sesuai.

Korang paham ke tak apa yang aku cakap ni? Kalau tak paham apa kata korang klik je banner kat bawah ni


Friday, October 5

Keburukan facebook

1. Foto yang anda upload

Foto yang diupload akan mendedahkan anda kepada dosa TABARRUJ 24 jam sehari semalam selagi mana foto anda itu terpampang pada tatapan berjuta2 pasangan mata di Facebook di seantero dunia

Na'uzubillahi min zalik!

2. Terbuangnya waktu.

Pengguna Facebook kebanyakannya tidak mahu lepas dari komputer, laptop, handphone, dan gadget yang mampu mengakses Facebook.
Banyak waktu terbuang di depan komputer..jadi rancang waktu anda dengan pekara-pekara yang bermanfaat..

3. Info yang anda letakkan 

Seperti alamat rumah, no. fon, tempat kerja dan lain2 kerana dengan info-info yang anda berikan mengundang orang untuk berniat buruk.

4. Diganggu orang yang tak dikenali

Banyak orang yang tidak berpikir panjang ketika menerima ajakan berteman dalam dunia jejaring sosial.

Malah ramai juga di kalangan pengguna yang terjebak dengan gejala2 sosial gara2 perkenalan melalui Facebook.

5. Ketagihan facebook

Facebook boleh menjadi candu bagi sesetengah pengguna.

Celik mata pagi2 terus buka Facebook. Ada yang tidur lewat sampai jauh tengah malam semata2 melayani facebook masing2.

Nak batuk pun komen...nak tersedak pun komen...good mood, bad mood...no mood..semua komen2 ini melambak terdapat dalam facebook....

Kebaikan facebook >> Buat Duit Melaluinya

"IF you have a problem....FACE it...do not Facebook it!"

Thursday, October 4



The good: The affordable Sony Xperia Ion has solid call quality and swift 4G LTE that ties into Sony's vast entertainment empire.

The bad: Lackluster images and video belie the Xperia's claimed 12MP camera. It's also held back by an old processor and an outdated OS.

The bottom line: The $99.99 Sony Xperia Ion looks like a good Android deal but its weaknesses make it not worth even the budget price.

Lebih Lanjut  >>  KLIK << SINI


Lisa Surihani mengajak anda untuk tonton 'SAM'!
Lisa Surihani ingin mengajak anda untuk tonton wayang 'SAM' di Facebook! Sudahkah anda bersedia untuk pengalaman menonton wayang yang baru? Saksikan filem 'SAM' melalui aplikasi Astro First di Facebook dan saksikan mesej istimewa daripada Lisa Surihani yang tersorok dalam babak-babak filem ini.

Di sini anda boleh menonton 'SAM' dan filem-filem Astro First yang lain di Facebook dan berbual bersama rakan anda! Anda tidak perlu menjadi pelanggan Astro untuk menikmati servis ini.


Ya...Allah ya tuhanku dah tetapkan bahawa Dia lebih mengetahui hambaNya itu mampu atau tidak....

kala manusia yang sihat walafiat itu mampu untuk menguruskan kehidupan sehariannya,

Bagaimana dengan insan yang tidak mampu? kanak-kanak istimewa?

Manusia yang sihat, mampu untuk mencari senafkah rezeki..
mungkin bukan untuk orang lain..tapi sudah cukup andai mampu untuk tanggung diri sendiri...tapi, kita masih mampu dan mahu mengeluh....

"argh...macam mana la nak keje nanti? nak keje apa nanti? lepas grad ni apa nak buat? "

kita yang masih punya kemampuan untuk melakukan semua itu, masih mampu mempertikaikan...kita lupa pada mereka yang kurang upaya. saya tak rasa mereka terus mati pabila mereka kurang upaya.

Mereka tahu untuk menghargai.. mereka tahu bagaimana untuk menghormati seorang guru.. kehidupan diteruskan... tapi, mereka masih mampu mencari rezeki... mencari sesuap nasi dengan menjadi seorang pelukis,.. penghibur... ya, mereka masih berusaha..sekalipun mereka tidak punya cukup sifat...

Tapi, manusia yang sihat seperti kita, mengada-ada...memotong tangan sendiri..kerana, tengok yang cacat, orang bagi sedekah..dia pun, malas kerja keras, potong tangan sendiri, dan mintak sedekah...

Dalam hidup, meskipun sesukar manapun, cubalah bersabar...dan berusaha..kerna, Allah tahu apa yang mampu untuk kita

Alhamdulillah :)

Wednesday, October 3

AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH

Satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.
Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. 

Sebarkan. -pesona media

Terangsang Lepas Tonton Video 'BLUE'

Monday, October 1

Ciri - ciri Online Gamers

Gamers!!
1. Jarang keluar rumah
2. Jarang punya awek
3. Jarang sms
4. Walaupun ada awek , pasti jarang berduaan (sibuk ngan game)

Tapi lelaki Gamers itu :
• Agak manja
• Banyak kawan
• Jarang sedih
• Walaupun ada awek , pasti tidak akan curang , dan setianya seperti setia sama game nya,
    kerana jarang berjumpe, sekali jumpe mesti rindu

Jadi.. Jangan asal menilai bahawa Gamers itu buruk... ^_^

Monday, September 24

PUNGGUNG JANDA MUDA JELITA DAN SEKSI BASAH JUA AKHIRNYA.

Cerita 18sx, Adegan Dan Aksi, Terlampau

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta- harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.



Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.


Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan.

Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Video ada DISINI

Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. “Ohhhh!

Syukurlah!!!”kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.

Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan. “Adik duduklah di sini” kata lelaki itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata” Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!” Jawab Imah “Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini”.

Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.

p/s-moral of the story..don't judge the story by the tajuk..hahahaha 

Lau marah sila KLIK << sini hehe

Monday, August 27

Soalan ni mmg susah nak jawab. Kalo tye orang kat kedai komputer pon, dyorang susah nak jawab. 

Tpi besenyer dye akan jawab gak tpi tipu2 ckit customer r. bese lar tu.. lattop ni akan best mengikut ape yg diperlukan oleh pengguna tu jer. 

Sebab xkan ade lattop yg betul2 perfect utk semua pengguna msti ade 

"KELEBIHAN & KELEMAHAN" 
Anda gune lattop msti da spesifikkan anda gune lattop untuk ape (tujuan utama) , contoh:

1. Work
2. Gaming
3. Surfing Internet
4. Programming
5. Multimedia/ Graphic
6. Business
7. Entertaiment

So, setiap kegunaan tu memerlukan spec lattop yg berbeza. Ade cons and prob nyer.. Kalo contoh gune lettop utk surfing iternet, sesuai amek netbook aje. 

Saiz kecik, bateri tahan lame dan ringan sebab kne slalu bawak kemane-mane utk surf internet, dpatkan wifi. Storage x perlu bsar pon xper, ade external storage da memadai.. Xperlu graphic card, RAM xyah beso2 then harge pon murah. 

Gitu r lbih kurang. 
Cadangan, kalo nk bli lattop listkan ape yg anda perlukan pde sesebuah lattop tu, pahtu wat survey n comparison di internet utk lbih bijak lagi. 

Kalo tye org yg kat kedai pon ade yg kaki klentong n ade yg xtau sgat tpi wat2 tau. Apepon, kne lar ikut kemampuan. 

Tpi kalo aku r, skang ni aku tgah minat ngan ultrabook mcm aus zenbook, macbook air n acer aspire ++. So pape pon pilihan di tangan anda. TQ

Wednesday, August 1

Selamat Mencuba...
Terlebih dahulu korang mesti ade adobe flash tau...

Tuesday, July 17

Pil Tahan Period?


Hukum makan pil tahan period time bulan puasa kerana nak buat amalan penuh .. Byk dah dijawap dlm kitab2 maka hukum nya tidak haram tp harus .. Bila harus iaitu tidak memudaratkan kesihatan nya .. 
Isteri2 zaman2 sahabat dulu pun dah buat benda ni semua

Sumber UIA

Monday, July 16

Apa ada pada Galaxy S III?

Nipis, ringan, shining, bersaiz sederhana, skrin kalis calar.
  1. Display HD, skrin bersaiz sederhana.

  2. User interface yg smooth

  3. Buka lockscreen hanya dengan menggunakan suara [tanpa perlu internet]

  4. Hp dalam keadaan lock, buka camera / calendar, hanya dengan menggunakan suara [tanpa perlu internet]

  5. Menghantar  video HD ke GS III lain dlm hanya beberapa saat [tanpa guna cable dan tanpa on bluetooth]

  6. Sekiranya terdapat 5 org pengguna S III ingin bergambar bersama, dengan hanya menggunakan 1 hp untuk merakam gambar, gambar itu akan muncul dalam gallery 4 lagi GS III lain

  7. Semasa melihat gambar kenalan di dalam gallery, kita boleh terus call, message, email, atau buka FaceBook/twitter mereka terus dari gambar yg telah di-tag.

  8. Bagi pengguna yg melanggan data internet secara terhad, Paparan data usage membolehkan mereka mengetahui penggunaan semasa mereka.

  9. Kecerahan display dikawal secara automatik oleh hp

  10. Membuat call hanya dengan meletakkan hp di telinga selepas membaca mesej

  11. Sekiranya hp ditinggalkan di atas meja, ada miss call dan mesej yg kita tidak sedari, kita dapat mengetahuinya hanya dengan mengangkat hp dari atas meja, dimana hp itu akan bergetar [vibrate] dengan sendirinya,

  12. Semasa menggunakan contact list; apabila kita telah scroll ke nama ke “Z..” [contoh], kita hanya perlu double tap bahagian atas hp untuk kembali ke “A”

  13. Apabila ingin pause sebarang player, hanya perlu menghadapkan display ke bawah

  14. Boleh meletakkan 4 shortcut pada lockscreen 

  15. Menjawab panggilan telefon hanya dengan menyebut “answer” / reject panggilan hanya dengan menyebut “reject” [tanpa rakam suara terlebih dahulu  dan tanpa perlu internet ].

  16. Mematikan bunyi alarm dengan hanya menyebut “stop” , atau “snooze”

  17. Snap/capture gambar semasa menggunakan camera, hanya dengan menyebut “shoot”/”cheez”, sebanyak 8 keping akan dirakam, dan hp akan 'mencadangkan' 1 gambar terbaik

  18. Mengawal music player dan radio dengan hanya menggunakan suara: “play”/”pause”/”next”/”previous”/”volume up”/”volume down”/”stop”

  19. GPS navigation yg menunjukkan pergerakan kenderaan kita, laluan, destinasi berdasarkan paparan camera satelit, dan ianya “real-time”

  20. Aplikasi S-Memo terbina dalam yg memudahkan untuk “menampal” gambar, 
  21. melukis sesuatu pada memo. Memo ini pula boleh dipaparkan pada homescreen sebagai WIDGET [BUKAN shortcut]

  22. skrin akan 'menyala' selama mana kita melihat paparan pada skrin tersebut

  23. Bateri  tahan selama lebih 2 hari [berinternet sekali sekala].

  24. semasa menaip, swipe QWERTY dengan pantas; terdapat beberapa pilihan perkataan dalam BAHASA MELAYU yg dicadangkan oleh hp. [tak perlu internet]. nak taip 1 tangan pon boleh, guna je "3x4 keyboard"

_