Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam
hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi, diorg abik beradik kangaroo, dia ade kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan
haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu
malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.
Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka
sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka
mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa
dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider
boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda
mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. Bayangkan
kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian
serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya
persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.
Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara
secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati
kesunyian. Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan,
mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.
Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.
1 comments:
OMG! CUTE.haha
*geli dengan gelagat sendiri