Friday, July 22

Gangguan TM Internet Dari 25 – 31 Julai



KUALA LUMPUR – Pengguna internet Telekom Malaysia (TM) perlu bersedia dengan kemungkinan perkhidmatan itu mengalami gangguan dari Isnin depan hingga 31 Julai.
Ini berikutan beberapa kerja peyelenggaraan yang akan dibuat pihak TM dalam tempoh berkenaan.
“Pada 25 hingga 31 Julai, TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah.
“Pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa ‘latency’ yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.
“Selain daripada itu, pada 26 Julai, mereka bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, yang mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo, serta pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat,” menurut blog http://www.info.darxniq.com.
Walaubagaimanapun, menurut TM, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut.

Berita Berkaitan:

_