Jangan merokok
- Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok.
Memang perkara yang tak boleh dielakkan oleh lelaki. Wajip merokok lepas makan. Kalau tak merokok lepas makan rasa macam tak lengkap pulak. Kalau macam tu kita tukar, sebelum nak makan tu pi hisap dulu. Kalau nak suruh berhenti tu dah memang la tak nak kan.
Jangan minum teh
- Daun teh boleh mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.
Tak boleh minum la pulak. Nampaknya kena minum sebelum makan la lepas ni. Teh ni elok untuk buang toksik dalam badan dan disamping baik untuk proses metabolisma dalam badan.
(dah la tengah giler minum teh hijau sekarang ni).
(dah la tengah giler minum teh hijau sekarang ni).
Jangan mandi
- Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.
Memang tahu tak elok tapi kalau emergency memang langgar je. Diingatkan, jangan selalu diamalkan.
Jangan tidur
- Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.
Hurm...benda yang paling seronok untuk dibuat.
Jangan makan buah-buahan
- Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan mengakibatkan perut anda dipenuhi udara(kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan.
Memang diamalkan kalau ada buah dirumah. Kalau dekat Uthm ni main bedal je apa yang ada.
Jangan longgarkan tali pinggang
- Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti sembelit atau tersumbat.
Tak pernah pun buat. Sebab nampak macam tak senonoh je.
Jangan berjalan-jalan
- Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telan.
Kalau kejar masa, memang akan jalan lepas makan. Diulang lagi sekali, jangan selalu diamalkan.
Banyak betul pantang larangkan. Kadang-kadang susah nak elakkan diri dari buat semua benda di atas tu, sebab ada diantaranya perkara di atas tu dah jadi habit harian kita. Kalau TERbuat tak apa la, sebab jarang-jarang kan. Tapi kalau rasa-rasa selalu sangat buat salah satu dari benda dekat atas tu, harap-harap boleh la dielak kan. Takkan la bila dah berumur baru rasa nak buatkan.