Wednesday, November 2

Semak Saman Trafik Online dan Sms


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, oktober 2010 terbuka hati atas sebab-sebab tertentu nak bayar saman trafik 5 tahun yang belum pernah dibayar. Aku bayar di kaunter Polis Trafik Segamat boleh tahan banyak juga RM1600 atau purata RM320 setahun… no bad kira tak lah ganas sangat aku memandu. Minta diskaun 50% dengan selamba je kerani tu jawab NO DISKAUN.
Sekarang kecuh 1Malaysia Polis Trafik dan JPJ bagi diskaun 50% saman trafik. Tempoh bayaran 17juta saman yang tertunggak dilanjutkan sehinggga 10 Mac 2011. Kalaulah aku bayar lewat sikit pasti dapat jimat RM800 ni lah asyik berubah-ubah polisi.
Teringin nak semak saman polis yang terbaru kalau ada. Nak pergi ke kaunter baca kat Utusanonline katanya sibuk sangat. Nak semak saman online dan SMS, puas cari di Google tetapi semua link yang diberi gagal ditembusi. Katanya diMyeg.com.my. Ada kekawan-kawan yang boleh bantu?
Nasib baik boleh semak saman trafik melalui Online itu pun setelah terjumpa penerangan panjang lebar di Kujie2.com (mesti melimpah-limpah trafik masuk ni) :
  • Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
  • contoh :  POLIS SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728
atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
  • SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
  • contoh :  SAMAN POLIS BHN786 hantar kepada 32728
Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip
  • POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
  • Contoh : POLIS SAMAN BHN786 denaihati@yahoo.com dan hantar ke 32728
(Cara lengkap boleh terus @ Semak Saman Online)
Baguslah bayar saman tu kalau dah rasa selalu sangat langgar undang-undang jalanraya kan dah jadi amalan pemandu Malaysia memang bangga bila langgar undang-undang trafik. Jangan sampai diugut kena blacklist baru nak bayar. Penat nak fikir cara  pemandu Malaysia memandu lebih teruk dari pemandu di negara kelas ke 3.
Update
1. JPJ akan saman maksimum RM300 kepada penunggang motosikal yang tidak memakai helmet, langgar lampu merah dan tidak berhenti di laluan perjalan kaki (zebra crossing).

_