Tuesday, December 20

Onani Secara Teratur Boleh Mencegah Kanser Prostat



Dunia Realiti - Sebuah kajian  terbaru menyebut bahawa ejakulasi lebih dari lima kali dalam seminggu dapat menurunkan risiko kanser prostat. Betul kah?

Penelitian Cancer Council Victoria, Melbourne menemukan, bahawa onani secara teratur dapat menurunkan risiko kanser prostat. Cara tersebut dapat membersih  senyawa kimia penyebab kanser dari kelenjar prostat. Tetapi bila tak pernah ejakulasi secara teratur, maka senyawa kimia yang mengakibatkan kanser akan terkumpul di kelenjar prostat.

Penelitian menunjukkan adanya hubungan antara onani dan risiko kanser prostat. Setelah meneliti aktiviti seksual  didapati seramai 1,079 menderita kanser prostat, dan 1,250 lelaki yang bebas kanser itu. Penelitian yang dilakukan diketuai oleh  Graham Giles menemukan bahawa kanser prostat jarang sekali ditemui pada lelaki berusia 20-50 tahun yang secara teratur mengalami ejakulasi jika dibandingkan lelaki pada jurang usia yang sama tapi ejakulasinya tak teratur.

Dan efek anti kanser onani terbesar dirasakan terutama pada lelaki berusia 20-an.

"Jika anda ejakulasi lebih dari lima kali dalam seminggu,  maka risiko anda terkena kanser prostat di kemudian hari menurun hingga sepertiganya," kata Giles.

Seperti yang diketahui, prostat adalah kelenjar tempat menghasilkan cairan khusus untuk campuran semen (cairan tempat sperma berenang). Cairan yang dihasilkan prostat berperanan mengaktifkan sperma.

Sumber : gayahidup.inilah.com & Dunia Realiti

_