Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Wednesday, January 8

Ekspedisi ke Bukit Fraser 2014
Ekspedisi ke Bukit Fraser 2014, Menawan Bukit Fraser
Bukit Fraser

Saturday, January 4

Ekspedisi ke Bukit Panorama 2014
Ekspedisi ke Bukit Panorama, Sungai Lembing 
(40KM dari Kuantan), Pahang


Gambar Group LuarBiasa
Bukit Panorama

Trip kami bertiga di awal tahun baru 2014,

Selalunya hujung-hujung minggu macam ni kami selalunya lepak-lepak dalam rumah je, keluar pun beli barang dapur sebab nak masak hehe... sambil-sambil tu round bandar, tak pun pergi jogging dekat Taman Bandar, Kuantan

Bukit Panorama

Tapi weekend ni (sabtu, 4/1/2014), kami bertiga orang sahabat sejiwa sehati hehe banyak lagi la se tu :D
telah bersepakat minggu lepas untuk mendaki Bukit Panorama ni untuk menyaksikan sunrise (matahari terbit) dari atas puncak Bukit Panorama, sungai lembing, kuantan, pahang.


Pintu Masuk Sungai Lembing serta ke kaki Bukit Panorama 


Bukit Panorama
Jalan menuju ke kaki bukit panorama tu adalah Market Street

Kami bangun seawal jam 4 pagi sebab rumah sewa kami ke Bukit Panorama sejauh 40KM mengambil masa dalam 40 minit dengan menaiki kereta, speed 80 -100km/h je layan-layan santai je.
kenapa turun awal ke Bukit Panoramo? mestila kan nak tengok sunrise :D

Kami mulakan pengembaraan pukul 4.30 pagi, kami sampai ke Bukit Panorama pada pukul 5 pagi ye la kan.. nak tengok sunrise mestilah sekurang-kurangnya  sampai sane sebelum subuh.. tambah tolak takut ada yang sangkut kat tangga-tangga tu masa pendakian.. semput la katakan hehe lama xber Extrem aktiviti.. otot2 kaki pun dah habis tak grip dah :D

Sesampainya kami di kaki Bukit Panorama, persiapan terakhir dilakukan sebelum mendaki(hiking). seperti torch light sangat penting sebab jalan naik atas tu memang gelap. Sambil tu light breakfest dulu hehe.. makan roti bersama sekaya je.

Maka bermula lah pendakian (hiking) kami ke Puncak Bukit Panorama
Gambar tangga permulaan naik.

Kami mula menggagahkan kaki start naik tangga pukul 5.25 pagi, alhamdulilah kami selamat sampai di puncak Bukit

Tangga semua ada divider.. dan bersimen.. ada 1-2 tempat je yang tangga rosak sikit.. tapi still hikable laa

Panorama seawal pukul 5.55 pagi lebih kurang dalam masa 30 minit.. :D itu pun lepas banyak pit stop semasa pendakian hehe.. tu pun semput gila-gila dah haha. Haa.. betul-betul timing kami sampai tu azam subuh berkumandang, rehat-rehat seketika lepas tu tunaikan kewajipan kita sebagai umatNya, berbentangkan kain pelikat je :)

70% nak sampai puncak bukit.. keliling nampak awan yang gebu2 gitu.. Tapi gambar ni di ambil semasa turun Bukit Panorama hehe.. sebab masa naik keadaan gelap lagi :)

Selesai sudah solat subuh kami pun cari port untuk tunggu matahari terbit (Sunrise). yela kan ramai orang di atas puncak ni, kami dah amek port baik punya sambil tunggu tu borak-borak, amek-amek gambar dalam gelap dulu hehe.
sedikit demi sedikit matahari mula menunjukkan cahayanya.. kot-kot matahari segan dengan kami hehe.. tu yang muncul slow-slow ni... :D

Matahari pun dah cukup terang, sesi bergambar pun dijalankan haha.. lepas tu kami pun berciap untuk mendaki turun ke kaki Bukit Panorama.. trip kali ni memang terbaik laah.. memang stim giler dapat naik puncak Bukit Panorama haha..

Sampai disini jela coretan saya, nanti coretan kami trip ke Bukit Fraser pulak hehe..

Sedikit info dari Group LuarBiasa:

Ketinggian Bukit Panorama cuma sekitar 320m sahaja. Pendakian cuma 150m.

Tip nak naik Bukit Panorama:

1. Bertolak awal
2. Jangan tergesa terutama semasa awal pendakian di tangga penyeksaan tu. Step-by-step. Slow. Nanti muntah or pitam.
3. Jalan2 seterusnya sempoi. Ada beberapa siri tangga yg mudah sebelum tangga yg agak curam apabila menghampiri 'puncak'.
4. Bawa air secukupnya. Botol 100Plus yg kecik pun cukup.
5. Toilet takde.
6. Air takde.
7. Bawa baju hujan - we never know.
8. Bawa alas utk solat.
9. Pakai selipar pun boleh tapi paling selamat pakai trekking shoes.

Bukit Panorama, Sungai lembing, Kuantan, Pahang

Thursday, December 5

Perodua - Model Buddyz Sedan
Perodua - Model Buddyz Sedan
Viva,  Perodua Buddyz Sedan

Perodua Buddyz

Perodua Buddyz


Thoughts behind the design

Kereta Baru Dari Perodua :-
Model Buddyz Sedan


Wednesday, December 4

Bandar kuantan TENGELAM
KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri ini.



Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.

Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sehingga pukul 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.


"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan).

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus.

Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang.

Para penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini.

Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat. - Bernama

Sumber : sinarharian

Sunday, December 1

[Video] Perodua - Model Buddyz Sedan

Tuesday, November 26

Blogger Most Wanted 2013
Jangan lupa untuk menghadiri perhimpunan blogger terbesar di 
Malaysia di Blogrrr : Blogger Most Wanted, 14 Disember 2013
, MIECC, Mines, Selangor.


Antara aktiviti yang menarik:
1. Kunjungi lebih dari 100 booth jualan (blogshop) dari kalangan bloggers
2. Dapatkan tips & tricks daripada otai blog seperti Ikhwan (amanz.my), Nisa Kay (nisakay.com), Obefiend (blogserius.blogspot.com), Shawn Razak (blogr.my) dan Selina Wing (selinawing.com).
3. Hadiri lebih dari 10 seminar mini bagaimana memajukan blog dan perniagaan daripada pemain gergasi seperti MYNIC, Google, Shopify, Maxis, SSM dan PUIM*
4. Temui artis-artis terkenal seperti Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Iqram Dinzly, Ally Iskandar dan menangi lebih dari 250 hadiah rebutan!

juga

Sertai cubaan mencipta rekod baru 'The Malaysia Book of Records' untuk perhimpunan blogger terbesar di Malaysia. T-shirt eksklusif untuk setiap blogger yang menyertai.


Untuk Sertai Booth.. kot2 rc.my nk join jgk boleh la daftar:
http://blogrrr.my/registration_booth.html

Friday, May 24

iHack UITM kena HACK??
Baru2 ini ihack telah mengadakan eventnya di UiTM Shah Alam
(13th April to 14th April 2013)

International hacking competition that is organized by Universiti Teknologi Mara


Tapi pada tarikh 16/04/2013


Laman Sesawang (website) http://www.uitm-ihack.edu.my telah dihack/ di deface oleh bogel ??
bogel adalah hacker dari indonesia ura2 mengatakan lah hehe..


Mirro yang disave oleh mereka

Deface yang telah di arkidkan >> http://zone-h.org/mirror/id/19203649 Notified by: bogel


Powered By :

_