Showing posts with label kuantan. Show all posts
Showing posts with label kuantan. Show all posts

Wednesday, December 4

Bandar kuantan TENGELAM
KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri ini.



Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.

Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sehingga pukul 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.


"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan).

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus.

Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang.

Para penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini.

Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat. - Bernama

Sumber : sinarharian

Wednesday, May 29

stadium darul makmur kecoh

KUANTAN - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini, semalam terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Penyokong di perlawanan Pahang vs JDT buat kecoh di Stadium, separuh akhir 2 Piala FA 2013
jdt vs pahang 2 penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Hasrat para penyokong ke stadium bagi memberi sorakan semangat kepada pasukan masing-masing pada perlawanan di antara Pahang vs Johor Darul Takzim (JDT), dan untuk melihat salah satu daripada pasukan ini melangkah ke final Piala FA 2013 tidak kesampaian
Sebaliknya tempoh masa 90 minit perlawanan yang tidak dapat dimulakan itu bertukar kepada senario kekecohan
Perkara ini berpunca berlaku ekoran limpahan penonton yang memasuki stadium iaitu dianggarkan kira-kira 40,000 orang dan melebihi jumlah kapasiti stadium
Difahamkan situasi itu menyebabkan lebih 5,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di trek olahraga stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula
Perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen itu, pada awalnya dilihatkan dapat dimulakan, setelah pihak pengurusan dan yang terbabit dapat mengawal situasi kesesakan yang berlaku
Setelah meneliti semuanya, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya
jdt vs pahang penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian
Keadaan bagaimanapun kembali tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang
penyokong jdt cedera di stadium darul makmur penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Penyokong JDT tercedera dipercayai terkena balingan objek
Pemerikasaan dilakukan lagi bagi memastikan keselamatan benar-benar terjamin, kemudian, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan
kekecohan pahang vs jdt separuh akhir piala fa 2013 3 penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Penyokong JDT mendakwa mereka dibaling objek dari luar stadium dan terpaksa membuat demikian demi untuk keselamatan diri dan mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan
Insiden itu turut menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk
Akhirnya, kira-kira pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain
Video ulasan perlawanan Pahang menentang Johor DT dibatalkan

Video situasi kekecohan penyokong di Stadium Darul Makmur
Rakaman yang memaparkan berlaku balingan objek daril luar Stadium Darul Makmur

Sumber Dari :
-http://www.mysumber.com/

http://www.utusan.com.my

_