Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Sunday, October 14

Shila, Sharnaaz nikah 2014
Shila, Sharnaaz nikah 2014

Enggan membiarkan hubungan cinta mereka menjadi buah mulut serta mencetuskan pelbagai gosip liar, penyanyi, Shila Amzah dan kekasih, Sharnaaz Ahmad, merancang untuk menamatkan zaman solo mereka dua tahun lagi. 
Merancang untuk mendirikan berumah tangga pada 2014, Shila menganggap tempoh dua tahun yang berbaki dapat digunakan mereka sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi kerjaya seni masing-masing. Bukan kerana desakan keluarga, sebaliknya sebuah keputusan yang dicapai hasil perbincangan bersama, mereka berasakan 2014 ialah tahun paling sesuai untuk memikirkan hala tuju masa depan perhubungan terbabit. 
Sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya manakala Sha sendiri kena berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Shanghai kerana terikat dengan Shanghai Media Group selama dua tahun. Sejak menang pertandingan Asian Wave, jadual Sha penuh dengan undangan persembahan sehingga tahun depan. 

Sebab itulah kami memutuskan untuk menumpukan kepada kerjaya dalam tempoh ini. Perjumpaan kedua-dua belah pihak pada Hari Raya lalu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai soal kahwin. Keputusan ini ialah hasil perbincangan antara kami saja, kata Shil ayang senang membahasakan dirinya Sha, ketika ditemui di ibu kota, semalam. 

Meskipun kini semakin sibuk dengan persembahan di Malaysia mahupun China, mereka tetap saling berhubung. Bahkan penyanyi berusia 22 tahun ini tetap menganggap Sharnaaz sebahagian daripada tulang belakang kejayaan kerjayanya ketika ini. 

Diusik pertanyaan apakah dia tidak risau apabila mendengar khabar putus cinta rakan artis lain, sedangkan tempoh untuk mereka menaiki pelamin agak jauh, Shila berkata, dia meletakkan kepercayaan penuh pada Sharnaaz dan menganggap buah hatinya seorang yang amat memahami. 

Alhamdulillah, sejak menang pertandingan itu, rezeki Sha bertambah dan ada kalanya tiada masa untuk dia. Namun dia tidak pernah marah atau rasa tersisih. 

Mulanya memang dia ada juga merajuk dan rasa dipinggirkan, tetapi dia faham keadaan Sha sekarang. Kami meletakkan kepercayaan dalam perhubungan, sebab itu ia mampu bertahan sehingga ke hari ini. Dia sendiri tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu mengejar impiannya dulu, kata penyanyi Patah Seribu ini. 

Berasakan penantian selama 12 tahun begitu berbaloi dengan kejayaan diraih, Shila ingin terus melebarkan sayapnya dalam tempoh dua tahun ini. Malah dia menganggap, langkahnya baru saja bermula dalam dunia seni. 

Sambil menganggap penantian Sharnaaz sebagai pengorbanan buat dirinya, Shila juga mahu memberikan yang terbaik dalam kerjaya sebelum memperlahankan rentak selepas bergelar isteri dan juga ibu, kelak. 

Keputusan bersama ini juga dibuat bagi merungkai segala persoalan di kalangan peminat dan media. Sha tahu, lagi lama hubungan ini terjalin, lagi banyak gosip timbul. 

Keluarga kedua-dua belah pihak pun sudah tahu mengenai keputusan ini dan mereka cukup memahami. Insya-Allah, kalau jodoh kami awal, mungkin lagi awal tarikh perkahwinan, katanya yang akan membuat persembahan pembukaan pada konsert Eric Moo di Beijing pada 17 November dan konsert Tahun Baru di Shanghai, China. 

Meskipun sudah mencapai kata sepakat untuk melangkah ke jinjang pelamin dua tahun lagi, namun Sharnaaz tidak mempunyai perancangan mengikat kekasihnya dengan tali pertunangan dalam masa terdekat. 

Keturunan saya, kalau bertunang pun paling lama dua bulan atau seminggu. Memang kami tidak suka bertunang lama-lama. Jadi buat masa ini tiada sebarang perancangan ke arah itu. Walau penantian memang perit, tapi saya tetap sabar menanti sehingga tiba detik manis itu, kata Sharnaaz pula ketika dihubungi Hip. 

Ditanya mengapa memilih 2014 untuk menamatkan zaman bujang, jejaka dari Pulau Pinang ini berkata, tempoh itu sesuai dengan kematangan usia mereka. 

Kalau boleh, memang saya mahu mendirikan rumah tangga sebelum usia mencecah angka 30 tahun. Pada waktu itu, usia saya 29 tahun dan Shila pula 24 tahun. Usia itu memang sesuai untuk kami mendirikan rumah tangga. Biarlah dalam tempoh dua tahun ini kami berusaha stabilkan diri terlebih dulu, tambahnya yang kini berada di Ayer Keroh, Melaka, bagi menjalani penggambaran telefilem. 

Mengulas pembabitannya dalam iklan komersial televisyen terbaru Shila, Safi Balqis Perfect 10, Sharnaaz mengakui amat teruja kerana inilah kali pertama dia berlakon dalam iklan. 

Hampir seharian saya menjalani penggambaran di sebuah banglo di Alam Damai, Cheras. Memang memenatkan kerana pengarahnya, Adnan Salleh atau Nan begitu teliti dalam pembikinannya. Bagi mereka, setiap 0.01 saat itu amat berharga. Walaupun penat, tapi ia menyeronokkan kerana dapat berlakon bersama buah hati, ujarnya mengenai iklan yang bakal menemui penonton mulai minggu depan.

Sunday, December 25

Yusry, Lisa Surihani Nikah 23 Feb ini

PUTRAJAYA – Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada tarikh 23 Februari tahun depan.

Yusry yang juga anggota kumpulan KRU dan pengarah filem mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini.

“Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya.

Dalam majlis ‘Pengumuman Istimewa’ tersebut, pasangan itu turut mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadalkan secara eksklusif pada 26 Februari tahun depan bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Di dalam majlis tersebut, Yusri turut mengaku bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Selain itu, Yusri yang hadir bersama ibubapanya, Abdul Halim dan Zarina Fenner, tidak dapat mengulas secara jelas sama ada hak penyiaran majlis perkahwinan mereka itu telah diberikan kepada pihak Astro atau tidak.
Bagaimanapun beliau yang tidak menolak untuk menerima tajaan dari mana-mana pihak menyatakan bahawa mereka hanya mahukan sebuah majlis yang ‘simple but elegant’.

Anggota KRU itu berkata, beliau mengenali hati budi Lisa menerusi Blackberry Messenger (BBM) dan menjadi serius sejak awal perkenalan mereka.

Namun, menurut Lisa yang turut hadir bersama ibunya, Siti Amira Ahmad, menyatakan bahawa Yusri hanya berbicara mengenai kerjaya di sekitar awal perkenalan mereka yang menunjukkan kematangan bakal suaminya itu dan tidak pernah cuba memikatnya ketika itu.

Ditanya media mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada Lisa yang berjaya memikat hatinya, Yusri memberitahu bahawa bakal isterinya itu sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kerjaya dan mereka saling menyintai antara satu sama lain.

Sumber : Gempak

_