Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Thursday, February 21

Rokok Elektronik Selamat. Betul ke?
Adakah Rokok Elektronik Selamat?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebelum ini mesti kita dah baca tentang satu tajuk di mana pengguna rokok elektronik terdedah kepada penyait kronik bukan? kalau belum baca boleh rujuk sini –> (LINK)
Tapi walau bagaimanapun apa yang perlu tahu adakah vaping/rokok elektronik selamat?
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
#Jadi apa pendapat anda?

Sunday, October 7

[ EBOOK ] Buat Duit Online
BUAT DUIT ONLINE.... satu ayat keramat yang menjadi impian semua orang termasuklah aku yang tengah menaip ni. hehehe...

Sejak tahun 2000-an berlumba-lumba semua orang mencuba nasib di internet. Semua nak Buat Duit Online. Dalam banyak2 tu rasa-rasanya berapa % kah yang berjaya? Bagaimana mereka ini berjaya? Macam mana pulak yang gagal...di manakah salahnya

Sebenarnya nak buat duit online ni kena step by step. Banyak benda kena belajar. Bukan main terjah je...Apa korang ingat macam MELODI ke yang boleh terjah2 orang ni.

Ari ni aku nak cakap pasal satu Ebook yang mungkin korang boleh baca, refer dan promote. Salah satu cabang buat duit online ialah buat duit dengan Adsense. Apa Adsense tu..a bird..a plane...no it is IKLAN!!!!

Adsense ni merupakan satu program pengiklanan di bawah google. ADSENSE ni berfungsi bila korang ada blog sendiri dan tepek iklan ADSENSE kat blog korang. Kalau blog korang tu bagus...visitor statistic mencanak naik hari-hari maka kemungkinan korang akan mendapat $$$$ itu tinggi. Caranya bila iklan adsense muncul dalam blog korang...jika ada mana2 visitor klik iklan itu maknanya....korang dah dapat $$$$

Syarat utama nak buat duit online dengan ADSENSE ialah korang mesti kena ada blog. Kalau tak dak blog korang nak tepek iklan Adsense tu kat mana? Jadi Ebook ni memang teramat sesuai untuk mereka yang baru nak mengenali dunia blog. Pendek kata newbie la. Inilah kumpulan niche yang paling sesuai.

Korang paham ke tak apa yang aku cakap ni? Kalau tak paham apa kata korang klik je banner kat bawah ni


_