Friday, July 19

[img] Kesan negatif pemasangan cover engine/coolant Yamaha 135 LC

Daripada Hong Leong Yamaha
kesan2 negatif pemasangan cover engine/coolant  pada 135lc

Seperti yang brader janjikan dulu, bila brader nak tunjukkan salinan dokumen daripada Hong Leong Yamaha (HLY) Malaysia berkaitan isu engine cover dan coolant cover yang menimbulkan masalah kepada motosikal 135 LC, Alhamdulillah, kedai yang brader maklumkan dulu sudi berkongsi maklumat tersebut demi kebaikan semua pemilik Yamaha 135 LC.

Bukti yang pemasangan aksesori engine cover mengurangkan effisiensi enjin 
(klik gambar untuk membesarkan imej)

Menurut pihak HLY, pemasangan engine cover akan menghadkan aliran angin masuk dan akan mengganggu proses penyejukkan. Selain itu, ia memungkinkan penyebab enjin menjadi bising dan mengurangkan jangka hayat enjin.

Bukti yang pemasangan aksesori coolant cover boleh menyebabkan coolant leakage 
(klik gambar untuk membesarkan imej)

Bagi aksesori coolant cover pula, ia menyebabkan pengaliran udara bagi penyejukkan menjadi terhad. Selain itu, pemasangan aksesori ini menyebabkan kebocoran water jacket pada radiator dan mambawa kepada coolant leakage. Sekadar berkongsi, brader sendiri pernah mengalami masalah coolant leakage sehingga cecair coolant masuk dalam minyak hitam.

Semoga paparan ini dapat memberikan info yang berguna kepada semua. Jumpa lagi wehhh...

_