Saturday, March 12

Hikayat Merong Mahawangsa


Puas sudah menonton filem 2 Alam? Filem tipikal Malaysia yang boleh dijangka jalan ceritanya. Tetapi filem yang ingin aku kongsikan sangat – sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan filem – filem Malaysia yang lain. Filem yang penuh dengan aksi dan teknologi CGI. Filem yang dimaksudkan ialah The Malay Chronicles: Bloodlines atau dan versi bahasa Melayunya Hikayat Merong Mahawangsa.

Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.Memang saya kagun dan tabik dengan depa ni.Nampaknya KRU sekali lagi membuat tanda aras untuk industri filem Malaysia.


Sinopsis

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. (full synopsis)

Antara pelakon – pelakon yang menjayakan filem ini ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali.

2011 adalah tahun yang bakal menayang filem epik melayu ini. Rasa tidak sabar menontonnya walaupun tiada publisiti meluas – luasnya seperti filem 2 Alam. Kita tunggu kehadiran filem ini dipawagam pada 10 mac 2011.Filem ini juga bakal ditayangkan di 60 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Rusia dan German.

Jom saksikan trailer Hikayat Merong Mahawangsa ni.



 Download Now

1 comments:

cik husna March 12, 2011 at 6:06 PM

wah!~
tahniah too KRU

_