Monday, September 26

Jaip Kena Hack !!!




Salam sejahtera semua , agak mengecewakan jika ada individu yang ingin menaikkan sentimen kenegaraan. Walaupun cubaan ini sudah kerap kali berlaku dan "kurang" membuahkan hasil. Mungkin ada yang kurang faham dengan istilah yang KH cuba sampaikan ini.

Jika anda semua dapat mengenalpasti keadaan alam siber di negara kita khususnya ada pihak yang berpuak-puak , ada yang cuba menjadi yang terbaik dan tak kurang juga yang cuba menimbulkan senario yang kurang enak. KH dapati jika antara kita tidak bersatu maka dengan mudahnya akan rantapan musuh. KH bukan cuba menaikkan nilai patriotik , namun cubaan pihak negara luar untuk memecahkan ikatan kenegaraan serantau kini menjadi-jadi.

Jika sebelum ini KH ada menulis tentang pihak Indonesia cuba melakukan serangan siber terhadap laman Malaysia apabila seorang individu Malaysia yang cuba mencabar kewibawaan serta pengetahuan pihak Indonesia , natijahnya beratus-ratus laman kerajaan serta laman yang berdomainkan .my menjadi mangsa ( artikel tersebut KH draftkan ) . Jika diperhatikan , hanya kerana nila setitik habis susu sebelanga . 



Jika sikap patriotik diperkemaskan , pencinta IT dipersatukan , penggemar siber berkerjasama , penggodam negara bersatu hati mungkin hal ini dapat dielakkan serta dapat memupuk nilai jati diri sesetengah individu.
KH bukan sengaja ingin menulis panjang , ini kerana KH harap janganlah ada pihak cuba untuk memecahkan tembok perkauman antara kita. KH harap serangan terhadap laman di Malaysia memberi makna yang positif kepada semua.

Antara screenshot laman yang diserang :


JAIP merupakan singkatan kepada Jabatan Agama Islam Pahang , JAIP bertanggungjawab menjaga perihal ayang berkaitan agama dan meliputi negeri Pahang. 








Tugas mereka adalah untuk memartabatkan agama Islam di negara Islam itu sendiri. Dengan serangan yang berbaur kenegaraan ini dapat memberi kesan positif terhadap tahap keselamatan laman di Malaysia khususnya dan didunia secara amnya.

Sumber KenaHack.com

_