Saturday, October 29

DiPukul Gara2 Membakar Bendera Terengganu Selepas Tamat Piala Malaysia 2011



SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.


Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.


Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.


Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.




Ini ada berita yang tidak sedap di dengar !
Selepas tamat  perlawanan final Piala Malaysia 2011 diantara Negeri Sembilan menentang Terengganu , berlaku satu pergaduhan diantara kedua-dua penyokong. Rumors mengatakan pergaduhan berlaku di kawasan parking Stadium Shah Alam.


Dalam pergaduhan  tersebut , tiga orang penyokong terengganu telah  ditikam dan seorang penyokong negeri sembilan juga terlibat.Ada juga penyokong dari pasukan lawan dipaksa untuk menanggalkan jersi pasukan masing-masing.


Mungkin pergaduhan timbul akibat daripada provokasi diantara kedua-dua pihak .Pasukan yang kalah mungkin tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka atau mungkin juga pasukan yang menang melakukan provokasi.
Buat masa sekarang berita ini tidak dapat dipastikan tetapi sama-sama kita tunggu selanjutnya di surat khabar atau TV esok.


Sumber : 


1 comments:

Anonymous October 31, 2011 at 11:49 AM

2 la pasal klau menang kene lah hormat yang tidak menang.Kan da jadi cam ni.

_