Monday, October 17

Operasi Besar-Besaran JPJ Bermula!!

JPJ LANCAR OPERASI BESAR-BESARAN TERUTAMA MOTORSIKAL
Berita penting bagi semua pengguna jalan raya terutama penunggang dan pembonceng motorsikal apabila pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara khusus untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, JPJ setiap negeri telah diarah menjalankan sekatan jalan raya termasuk di kawasan pedalaman mulai semalam untuk memastikan pemilik motosikal mematuhi peraturan jalan raya.
“Motosikal yang dikesan tidak mengikut spesifikasi dan melanggar peraturan jalan raya akan dikenakan tindakan kompaun,” katanya.
OPERASI JPJ
ISMAIL (tiga dari kiri) bergambar bersama penerima lesen memandu pada program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul, Maran, Pahang semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ daerah Maran di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul di sini semalam.
Turut hadir Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin.
Seramai 488 penduduk kawasan itu termasuk Orang Asli menerima lesen memandu B2 pada program tiga hari yang diadakan di sekolah tersebut.
Sumber: iqbalhakimi
Haa..kepada mereka yang ada rasa tak kena dengan kenderaan anda atau diri anda sendiri ..eloklah berwaspada yer..kang tak pasal-pasal sedekah duit kat jpj..hehe

_