Wednesday, January 18

AKIBAT BERCAKAP KETIKA AZAN

Assalamualaikum wbt.

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya

masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.

Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata

apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan

kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan

kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan,

kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan

berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri

tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan

diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan

lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita

tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang

dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn

izinNya ,menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama

menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu

semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami

dengan kematian yang baik lagi mulia ,lancarkan lidah kami mengucap

kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin..

amin Yarobbal a'lamin..

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A :

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma

masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit

terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk

pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak

ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui

e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali

berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI

SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH..

Wallahualam..
hanya copy n paste ... ♥ ♥

1 comments:

Muhammad Ariff Mohamad Nizam January 18, 2012 at 9:11 PM

insaf setelah membaca entri ni. moga kita semua bersama keberkatanNya. :)

_