Friday, January 6

Lebih 45 000 Kata Laluan Facebook Dicuri Oleh Cacing Ramnit

Facebook kini bukanlah tempat yang selamat. Kejayaan dan populariti Facebook yang semakin meningkat menjadikan laman sosial popular itu menjadi sasaran penggodam untuk mencuri data-data peribadi pengguna, salah satunya adalah melalui sebuah ancaman worm yang dikenali sebagai Ramnit.
Ramnit dipercayai mula menular di laman sosial terkenal itu bermula pada bulan April 2010, dan ianya dipercayai telah mencuri kira-kira 45 000 kata laluan pengguna laman sosial tersebut, terutamanya dari UK dan Perancis. Ramnit dipercayai akan mula merebak apabila pengguna yang kurang berhati-hati mengklik link di halaman Facebook mereka.

Sumber: slashgear.com
Setelah mengklik link tersebut, akaun mangsa seterusnya akan berkongsi pula link tersebut secara automatik kepada rakan-rakan mereka, dan  jika terdapat di antara rakan-rakan mereka yang mengklik link tersebut, mereka akan turut sama menyebarkan link tersebut kepada rakan-rakan mereka yang lain pula.

Jika anda telah mengklik sesuatu link yang mencurigakan di halaman Facebook anda, kami sarankan agar anda segera menukar kata laluan Facebook anda dan lebih berhati-hati pada masa hadapan jika terdapat pautan yang mencurigakan dikongsi oleh rakan-rakan anda, besar kemungkinan ianya mengandungi virus atau worm yang merbahaya.

Sumber :woot.my

1 comments:

Emmet January 7, 2012 at 1:41 PM

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

_