Tahun 2011 rakyat Malaysia dah kecoh bila mana dalam ‘news’ keluar cukai prabayar atau prepaid sebanyak 6% akan dikenakan.Namun ramai juga dibodohkan oleh kerajaan di mana cukai tersebut ditangguhkan dan kerajaan mengaburi mata rakyat yang bodoh dengan mengatakan diri mereka hero.
Namun realitinya tak ramai yang tahu.Ramai jugak dalam kalangan student yang ‘cerdik’ melampau percaya dengan helah hero kerajaan tu.Nasib baik kami tak secerdik mana.
KUALA LUMPUR, (Bernama) – Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.“Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai,” kata firma penyelidikan itu.“Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang,” katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2
peratus).Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. BERNAMA
Jadinya kami nak ucap selamat berbahagia kepada rakyat Malaysia yang menggunakan prepaid.Lepas bulan julai nanti kene bawak duit syiling lah setiap kali nak topup :)
Sumber : wootmedia
Sumber : wootmedia