Gempa dengan kekuatan 8.8 skala Richter kembali menggongcang Pulau Sumatera. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) menyebut, ia terjadi pukul 17.43 Waktu Indonesia Barat.
Gempa terjadi di Bengkulu, Lampung, Nangroe Aceh Darussalam, Sumatera Barat, dan Sumatera Utara. Kedalaman 10 kilometer.
Masyarakat diminta meninggalkan daerah pantai. Menuju ke tempat lebih tinggi.
Gempa yang terjadi sebelum ini adalah lebih rendah iaitu 8.5 SR. Gempa juga menyebabkan bekalan elektrik terputus. Siren berbunyi, dan suara azan bergema di mana-mana. Penduduk tempatan panik, mereka trauma dengan musibah tsunami 26 Desember 2004 yang menewaskan ratusan ribu manusia.
Gempa terjadi pada pukul 15.38 WIB, lokasi gempa berada di 2.31 Lintang Utara dan 92.67 Bujur Timur. Kedalaman gempa 10 kilometer.
Pacific Tsunami Warning Center (PTWC) meramalkan, jika terjadi tsunami, maka gelombang itu dijangka tiba pada pukul 16.21 di Simeulue, pukul 16.31 di Banda Aceh, pukul 17.17 di Padang, Sumatera Barat, dan pukul 17.38 di Bengkulu.
Sementara itu, berdasarkan peringatan BMKG, peringatan tsunami telah disampaikan di lima daerah, Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu, dan Lampung.
RED ALERT MALAYSIA] Initial tsunami wave prediction arrival times :
1. Georgetown – 09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson – 02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore – 07:51am 12th April 2012 MY Time
Gegaran
Gegaran dirasai : Kampong Kota Lama Kanan, Perak. Malaysia
Gegaran dirasai : Sekitar Segambut.. Malaysia.
Gegaran dirasai : Sekitar Indonesia
Gegaran dirasai : Jln Ipoh kl, Malaysia ( sekejap dirasai )
Gegaran dirasai : Medan. Indonesia
Gegaran dirasai : Bota, Perak. 9 (hampir dirasai 5minit )
Gegaran dirasai : Parit Buntar dan Nibong Tebal, gegaran kuat, terhayun selama 5 minit
Gegaran dirasai : Sungai Boluh Selangor, Malaysia
Gegaran dirasai : Sekinchan, selangor. sekitar jam 04.50 ptg selama lebih kurang 3 minit
Gegaran dirasai : Putrajaya bergoyang 5 minit
Gegaran dirasai : Seluruh Pulau Pinang merasai .
---
Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ
Yang bermaksud : Sesiapa yang membaca : "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan nama-namaNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu pagi sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya..” - Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi.