Monday, May 28

Cara buka akaun syarikat.

Salam ceria semua

Hari ni saya nak kongsikan tips untuk anda membuka akaun syarikat di bank.

Jenis akaun syarikat di bank adalah biasanya akaun semasa.
Akaun semasa syarikat pula ada 2 jenis iaitu yang Islamik dan Konvensional.

Anda pilihlah yang mana satu berkenan.

Sebenarnya dalam perniagaan Internet bukanlah satu kemestian untuk anda memiliki akaun syarikat.
Akaun individu sahaja pun sudah memadai.

Namun mungkin anda lebih berminat untuk membuka akaun syarikat untuk
meningkatkan lagi kredibiliti imej perniagaan anda.

Ya... itu bagi saya langkah yang  baik. Namun, sekali lagi anda perlu
memilih bank yang sesuai untuk urusan perniagaan Internet anda.

Ini akan memudahkan anda kelak.
Bank yang paling baik disamping baik juga untuk perniagaan Intenet
ialah Maybank.

Walaupun ada yang beranggapan, buka akaun syarikat di Maybank ni memang
agak melecehkan dan rumit.

Seolah-olah Maybank ni terlalu memilih sangat customer.

Ya lah...bank popular lah katakan. Mereka pun apa lagi.. jual mahal lah... macam-macam syarat nak!

Tak apalah... kerana yang penting ia memberi kemudahan terbaik jangka
panjang untuk perniagaan Internet anda.

Syarat-syarat untuk membuka akaun syarikat di Maybank ialah seperti
berikut :
===================================

1) Untuk buka akaun syarikat, anda mestilah ada syarikat dan membawa bersama sijil syarikat dan maklumat lampiran pemilikan syarikat yang diberikan oleh SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Bagi mendapat lebih kemudahan untuk perniagaan Internet anda, jenis syarikat anda mestilah pemilikan tunggal – ada sebabnya.

2) Jenis akaun untuk syarikat ialah akaun semasa (current account).
Anda mempunyai 2 pilihan samada Islamik atau non-Islamic. Kedua-dua cara mohon sama sahaja.

3) Untuk apply Maybank2u online banking (pada saya ini sebab utama kerana saya nak gunakan online
banking), syarikat anda mesti jenis pemilik tunggal (seorang nama pemilik sahaja). Kalau syarikat
Sdn. Bhd. anda tak boleh apply maybank2u online banking kerana nama pemilikan lebih daripada
seorang.

4) Untuk mohon anda kena ada introducer atau kawan yang dah setahun mempunyai akaun semasa
(individu atau syarikat) dengan Maybank. Kalau syarikat anda yang lain sudah ada akaun dengan Maybank dan sudah setahun juga boleh jadi introducer untuk diri sendiri.

5) Untuk buka akaun anda perlukan RM2000 sebagai deposit akaun.

6) Anda juga perlu ada cop syarikat. Yang mudahnya buat cop bulat ada nama syarikat dan
nombor syarikat.

7) Mohonlah semua kemudahan iaitu Maybank2u dan phone banking. Kemudahan tu semuanya percuma.
===================================

Itulah cara-cara ringkas untuk anda membuka akaun syarikat.

Anda bolehlah pergi ke cawangan Maybank terdekat dan tanya lebih lanjut kerana sesetengah cawangan mungkin ada 1-2 perbezaan dari segi cara memohon.

Bank lain saya tak cadangkan kerana Maybank adalah bank terbaik untuk perniagaan Internet anda.
Semoga bermanfaat.

14 comments

ferozproperty4u November 7, 2012 at 4:42 PM

cop syarikat bolh ada ju's cake tk?tnda tu?

Manusia Biasa November 8, 2012 at 1:44 PM

boleh jew ade bro.. :)

Anonymous December 21, 2012 at 11:53 AM

deposit rm2000 tu kita boleh kluarkan ker...incase kalau nak guna..

Manusia Biasa January 18, 2013 at 1:14 AM

sudah tentu boleh..
tu kn duit kita hehe
lps dftr tu trus keluarkan pon boleh...

CERITA AKU March 16, 2013 at 7:52 PM

Salam bro, mcmana nk cari introduces akaun semasa tu bro,

Chempaka Aziz August 21, 2013 at 7:54 AM

acc semasa mmg utk ada bisnes sja ke? klu utk kegunaan sdri blh tak?

Manusia Biasa August 31, 2013 at 5:37 PM

ibni putra >> introduces tu bro boleh cari org yg dh ada acc syrikat.. :)


Chempaka Aziz >> dua boleh.. sndri ataupn bisnes hehe :)

permata nilam September 3, 2013 at 2:19 PM

terima kasih atas perkongsian yang membantu

Lady Berry Gege September 30, 2013 at 12:31 PM

salam bro kalau salah seorng pemilik syarikat ada masalah dengan personal loan bank lain amacm pulak?

Lady Berry Gege September 30, 2013 at 12:32 PM

salam bro, kalau saya ada masalah dengan personal loan bank lain, boleh lagi ke nak buka akaun company dengan mna2 bank lain....? tq

Ameer Al Manna January 23, 2014 at 10:22 PM

terima kasih

Anonymous May 18, 2014 at 10:13 AM

Kalau saya tukar milikan syarikat kpd individu lain boleh tak dia gunakan acc bank sykt untuk aply loan

Manusia Biasa May 19, 2014 at 11:42 PM

rasanya boleh... tp utk kepastian cuba tanya pihak bank tersebut :)

Unknown September 4, 2014 at 5:04 AM

ap fungsi introduce ni...klau xda mmg xboley daftar ke?

_