Wednesday, July 11

Cool Blog

Tahukah anda, minuman kegemaran ramai penduduk malaysia masa kini.
Cool Blog tu, berasal dari Singapore, ianya telah di perkenalkan di Singapore pada tahun 2005

kenapa nama dia 'Blog'?
menurut seorang pekerja Cool Blog di Kulim, 'blog' tu adalah bubble2 bulat hitam yang dibubuh dalam kebanyakan minuman disitu, sesetengah orang memanggil 'blog' tu dengan nama 'pearl'.



Halalkah Pearl Coolblog?

 'Pearl' bukan diperbuat dari sagu tetapi dari tepung ubi kayu disalut dengan tepung melur. Patut la wangi semacam. Resepi membuat bubble tea ni ada bermacam cara bergantung kepada kreativiti.

'Pearl' diimport dari Taiwan memandangkan di Malaysia tiada pembekal dan ia dijamin halal(tertera perkataan halal pada plastik 'pearl').

Mana-mana produk yang telah mendapat sijil pengiktirafan halal daripada JAKIM maka seluruh bahan dan penghasilannya juga wajib berunsurkan perkara yang halal. 
Walaubagaimanapun Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php


_