Sunday, November 18

JOM KUMPUL BOBOIBOY @ PETRONAS

Kalau sebut pasal animasi BoBoiBoy, pastinya ramai kanak-kanak di Malaysia yang sangat mengenali dengan watak-watak yang ada dalam siri animasi ini. Jangankan di Malaysia, siri animasi ini telah berjaya menembusi beberapa buah negara dan jika tidak silap, animasi BoBoiBoy telah mengatasi Upin Ipin sebagai animasi yang paling popular di Malaysia.

Sekarang BoBoiBoy sedang menyerang stesyen-stesyen minyak Petronas dengan rakan-rakanya seperti Gopal, Yaya dan Ying. Mereka tampil sebagai miniatur yang harus dikumpul oleh collector kanak-kanak yang menyukai siri animasi ini. Saya juga tidak terlepas untuk mendapatkannya sebagai koleksi saya.

Untuk pengetahuan bagi mereka yang masih tidak mengetahui tentang kehadiran miniatur BoBoiBoy di stesyen minyak Petronas, ia mempunyai 6 buah miniatur yang mula dijual pada bulan Oktober 2012 di mana setiap bulan hanya 2 buah yang dijual. Harganya ialah RM 19.90 atau RM 16.90 sekiranya membuat pembelian di Kedai Mesra Petronas sebanyak RM 15.00.


Gambar di atas merupakan miniatur siri BoBoiBoy yang boleh didapatkan di Kedai Mesra Petronas. Saya bertekad untuk mendapatkan keenam-enam buah sebagai pelengkap koleksi. Kalau dulu saya pernah mengumpul miniatur Upin Ipin di Restoran Kentucky Fried Chicken, tetapi saya gagal untuk melengkapkan koleksi dan rasa amat terkilan sekali.  

Sebenarnya saya mula minat mengumpul miniatur animasi selepas saya mengumpul miniatur Upin Ipin. Selepas itu saya telah berjaya mengumpul miniatur Spiderman juga melalui Restoran KFC dan yang terakhir yang dapat saya kumpul ialah miniatur Doraemon.

Kini saya sudah memilik 2 buah miniatur siri BoBoiBoy dan akan terus mendapatkan 4 buah lagi di bulan-bulan akan datang. Jom layan saja miniatur siri BoBoiBoy yang baru saya peroleh ini.

Memperkenalkan BoBoiBoy dan Yaya
BoBoiBoy dengan Kuasa Angin

Yaya


Khas untuk peminat setia boboiboy hehe Untuk Anda
p/s: jgn Klik jika anda bukan peminat boboiboy

Baru2 hehee :D

_