Wednesday, May 29

Piala FA: FAM tetap perlawanan Pahang vs JDT 1 Jun 2013



Jadual Tertangguh Perlawanan Pahang vs Johor Darul Takzim (JDT) 1 Jun 2013 - Separuh Akhir 2 Piala FA 2013 | Berikut adalah keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM yang bermesyuarat pada petang tadi di mana perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2013 antara Pahang melawan Johor DT akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun 2013. Sepak mula jam 4.15 petang. #Mohon penyokong Pahang dan JDT beri perhatian *PERHATIAN : Masuk adalah PERCUMA. 30,000 tiket disediakan untuk penyokong Pahang dan 30,000 tiket juga disediakan untuk penyokong Darul Takzim FC. Tiket yang telah digunakan ketika Perlawanan asal Stadium Darul Makmur abaikan ! Separuh Akhir Ke-2 Piala FA 2013 - Pahang vs Darul Takzim FC Tarikh: 1 Jun 2013 (Sabtu) Waktu: 4:15 petang Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil LIVE di Astro Arena


stadium darul makmur kecoh

KUANTAN - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini, semalam terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Penyokong di perlawanan Pahang vs JDT buat kecoh di Stadium, separuh akhir 2 Piala FA 2013
jdt vs pahang 2 penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Hasrat para penyokong ke stadium bagi memberi sorakan semangat kepada pasukan masing-masing pada perlawanan di antara Pahang vs Johor Darul Takzim (JDT), dan untuk melihat salah satu daripada pasukan ini melangkah ke final Piala FA 2013 tidak kesampaian
Sebaliknya tempoh masa 90 minit perlawanan yang tidak dapat dimulakan itu bertukar kepada senario kekecohan
Perkara ini berpunca berlaku ekoran limpahan penonton yang memasuki stadium iaitu dianggarkan kira-kira 40,000 orang dan melebihi jumlah kapasiti stadium
Difahamkan situasi itu menyebabkan lebih 5,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di trek olahraga stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula
Perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen itu, pada awalnya dilihatkan dapat dimulakan, setelah pihak pengurusan dan yang terbabit dapat mengawal situasi kesesakan yang berlaku
Setelah meneliti semuanya, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya
jdt vs pahang penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian
Keadaan bagaimanapun kembali tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang
penyokong jdt cedera di stadium darul makmur penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Penyokong JDT tercedera dipercayai terkena balingan objek
Pemerikasaan dilakukan lagi bagi memastikan keselamatan benar-benar terjamin, kemudian, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan
kekecohan pahang vs jdt separuh akhir piala fa 2013 3 penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Penyokong JDT mendakwa mereka dibaling objek dari luar stadium dan terpaksa membuat demikian demi untuk keselamatan diri dan mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan
Insiden itu turut menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk
Akhirnya, kira-kira pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain
Video ulasan perlawanan Pahang menentang Johor DT dibatalkan

Video situasi kekecohan penyokong di Stadium Darul Makmur
Rakaman yang memaparkan berlaku balingan objek daril luar Stadium Darul Makmur

Sumber Dari :
-http://www.mysumber.com/

http://www.utusan.com.my

Tuesday, May 28

Siaran langsung Terengganu lawan Kelantan separuh akhir (2) Piala FA 28 Mei 2013



Monday, May 27


HACKED BY IQKAGE BLACKLIST
.::DF.RC.C4.KHC::.

Panas2 hehe.. dimusim panas ni... demam bola :D


Jgn TEKAN << eheehee
anda akan menyesal :p

Friday, May 24

Baru2 ini ihack telah mengadakan eventnya di UiTM Shah Alam
(13th April to 14th April 2013)

International hacking competition that is organized by Universiti Teknologi Mara


Tapi pada tarikh 16/04/2013


Laman Sesawang (website) http://www.uitm-ihack.edu.my telah dihack/ di deface oleh bogel ??
bogel adalah hacker dari indonesia ura2 mengatakan lah hehe..


Mirro yang disave oleh mereka

Deface yang telah di arkidkan >> http://zone-h.org/mirror/id/19203649 Notified by: bogel


Powered By :

Thursday, May 23

Drifting Motorbike – Jorian Ponomareff

Cuba Korang teka apa yg akn terjadi kepasa jorian? lps tgk awek lalu hehe

The Fast and the Furious 6

Tonton Sekarang | Watch Now | On Cinema

Powered by Like to Play Video

Wednesday, May 22

 Fast And Furious 6




Jika Xleh Tonton KLIK disini

Monday, May 20

Pak Haji mengahwinkan ketiga 3 anaknya


Iaitu Minah, Mimin dan Mumun

Mereka berbulan madu ke Bali & Pak Haji berpesan, 
"nanti kalian kirim kabar ya dkt Bapak tentang prestasi suami masing2 tau"

Guna SMS singkatan aje, ...pakai motto iklan". 

Hari ke2 berbulan madu, Mimin SMS ke Pak Haji.....

SMS Mimin cukup singkat : "STANDARD CHARTERED ". 

Pak Hj langsung mencari iklan Standard Chartered di akhbar & terbacalah tulisan : 
" BESAR, KUAT DAN BERSAHABAT ". Pak Hj terus tersenyum ...

Hari ke 4 Mumun SMS ke Pak Hj , 

isi smsnya : " NESCAFE ". 
Pak Hj terus cari iklan Nescafe di akhbar & terbaca moto 

Nescafe : " NIKMATNYA SAMPAI TITIS TERAKHIR ". 

Sekali lg Pak Hj tersenyum lebar.

Memasuki hari ke5... 
Pak Haji mulai risau kerana Minah tak ada kabar SMS .. " adess kenapa dgn si Minah ya, jangan2 dia dkecewakan oleh suaminya ? " 

Hari ke 7 barulah dapat SMS drpd Minah ,
isinya : " AIR ASIA ". Aduh
Pak Haji tertanya2... yang dia tahu AIR ASIA itu Sykt Penerbangan tmbg murah terbesar Asia. 

Terus Pak Haji cari akhbar , maka terbacalah motto AIR ASIA,

isinya : " 7 KALI SEMINGGU 3 KALI SEHARI 5 JAM NON-STOP ". 

Padanlah sampai tak sempat2 nak kirim SMS :D hehe

Sunday, May 19

Exynos 5 Octa-core Galaxy S4 

Samsung Galaxy S4 

Samsung salah satu company yg hebat bersaing mencipta smartphone utk mendominasi pasaran dunia.

Samsung galaxy S3 (SG3) baru beberapa bulan keluar dah keluar Samsung galaxy S4 (SG4)..
SG3 pon xsempat nk beli hehe :D

Spesifikasi galaxy s4 mmg sgt mngujakan . tu yg menariknya di sini

Kerana SGS3 dan SGS4 kedua-dua datang dalam dua (atau lebih) versi berasingan dengan pemproses utama yang berbeza, ia mewujudkan satu kejadian yang jarang berlaku apabila anda boleh melihat produk yang bersaing dengan dirinya dalam tanda aras dan berjaya / gagal serentak. 

Menariknya, ia juga penting untuk korang tahu tentang SGS4. Sebenarnya ada tiga versi
Berikut adalah beberapa infonya

Samsung Galaxy S4. First, with a 1.6 Ghz octa-core Exynos 5 proccessor and no LTE (GT-I9500). Second, with a 1.9 Ghz quad-core Qualcomm Snapdragon S4 processor with LTE (GT-I9505), and third, a Korean variant which features a 1.8 Ghz octa-core Exynos 5 processor with LTE (SVH-E300S). The device used for the following benchmark test is the Samsung Galaxy S4 GT-I9500


Processor yg digunakan galaxy s4 sgt mengejutkan ,mnggunakan chipset Exynos 5 Octa 5410 yg di develop oleh samsung sendiri,

Sumber : Forum Rc.My


Samsung Galaxy S3, iPad 3, iPad Mini, Samsung Galaxy Note 2, iPhone 4S, HTC One X, Samsung Galaxy Y, Samsung Galaxy Ace, Samsung Galaxy S2, Samsung Galaxy W



5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu 

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami tak nak kena saman.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. 

Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Pergh... style giler haha.. lps ni xyh nk stop mna2 la jika tyr pancit.. 
yg pnting kne spare tyr je dlm kereta hehe


p/s: tgk minit ke 1:06

 >> Video Penuh <<


Laptop anda sudah perlahan? Teringin untuk membeli laptop baru yang nipis dan cantik? Tiada sesiapa boleh menghalang anda. Tetapi sedikit nasihat daripada kami, TUNGGU. Sekarang ini adalah masa yang paling tidak sesuai untuk membeli laptop. Jika anda menunggu sebulan atau dua bulan lagi, anda akan mendapat laptop yang jauh lebih baik daripada apa yang ada di pasaran sekarang.

Ya, memang betul jika anda membeli laptop bila-bila sekalipun, tidak lama kemudian akan ada versi kemaskini tetapi kali ini ianya sangat berbeza. Mac atau PC, sama sahaja, jangan beli lagi. Beberapa minggu dari sekarang, kesemua laptop dan ultrabook akan mempunyai ‘nyawa’ yang serba baru, terima kasih kepada Intel. Cip terbaru daripada Intel yang diberi nama ‘Haswell’ membawakan banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang membuatkan penantian anda sangat berbaloi.

Kuasa Bateri Sepanjang Hari
Prestasi bateri sangat penting kepada smartphone, dan ianya jauh lebih penting untuk laptop. Dengan Haswell, laptop-laptop generasi selepas ini akan mendapat kuasa bateri yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Dengan sekali cas, ultrabook yang sangat nipis akan dapat bertahan 24 jam dan standby sehingga 10 hari. Tiada satu produk pun di pasaran sekarang yang hampir kepada prestasi ini.

Prestasi Lebih Berkuasa
Penambahan kuasa bateri yang banyak tidak bermakna prestasi laptop akan berkurangan, malah ianya bertambah. Haswell bukan sahaja menggunakan sedikit kuasa bateri, tetapi prestasinya lebih baik berbanding cip yang ada di pasaran ketika ini. Ini bermakna laptop yang anda akan beli pada bulan-bulan yang akan datang bukan sahaja mempunyai jangka hayat bateri yang sangat panjang, tetapi prestasi yang lebih laju dan berkuasa.

Prestasi Grafik Terbina Dalam Yang Hebat
Bercakap mengenai kuasa yang lebih hebat, Haswell juga membawakan cip grafik serba baru yang sungguh berkuasa. Cip grafik baru yang diberi nama ‘Iris’, mempunyai 2 kali lebih kuasa dan prestasi daripada cip ketika ini.
Iris membolehkan anda bermain games terbaru yang berat seperti Call Of Duty : Modern Warfare 3 dan Bioshock Infinite pada ultrabook anda tanpa menggunakan grafik kad tambahan. Selain itu, Iris juga menyokong output resolusi 4k, yang akan menjadi popular dan standard tidak lama lagi.

Pengguna Mac
Apple dikatakan akan melancarkan Macbook Air dan Macbook Pro dengan teknologi Haswell pada WWDC 2013, 10 Jun ini. Anda kemudiannya boleh mula membeli beberapa hari selepas pelancaran tersebut. Jadi, jika anda mahu membeli Mac, sila tunggu sehingga selepas 10 Jun ini.

Pengguna PC
Pelancaran Windows 8 tahun lepas menyebabkan banyak produk-produk baru yang boleh di’convert’ daripada tablet kepada laptop. Produk-produk dengan konsep ini tidak akan berhenti tetapi dengan Haswell, jangka hayat bateri dan prestasinya sudah tentu jauh lebih baik dan menguntungkan pengguna.
Bukan itu sahaja, ultrabook yang akan keluar selepas ini akan menjadi lebih nipis dan semuanya akan mempunyai touchscreen. Jika anda bukan peminat ultrabook dengan touchscreen, laptop tradisional biasa juga akan menggunakan Haswell.

Jika Anda Tidak Peduli
Anda tetap perlu tunggu! Walaupun anda tidak peduli dengan teknologi baru dan touchscreen, pelancaran laptop dan ultrabook generasi baru nanti akan membuatkan semua produk di pasaran sekarang turun harga. Produk Apple juga akan menjadi lebih murah kerana sudah ada model generasi baru. Kesemua laptop dan PC yang tidak menggunakan Haswell akan dijual dengan harga murah untuk menghabiskan stok.
Jadi, sekiranya anda memang tidak boleh sabar dan bencikan wang anda, menunggu sebulan dua lagi sebelum membeli laptop adalah pilihan yang terbaik dan ianya pasti berbaloi.

Thursday, May 2

Style Korang Bawak Beg


Sila Share STYLE yang mana korang selalu guna hehe

_