Wednesday, May 29

stadium darul makmur kecoh? PHG vs JDT

stadium darul makmur kecoh

KUANTAN - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur di sini, semalam terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Penyokong di perlawanan Pahang vs JDT buat kecoh di Stadium, separuh akhir 2 Piala FA 2013
jdt vs pahang 2 penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Hasrat para penyokong ke stadium bagi memberi sorakan semangat kepada pasukan masing-masing pada perlawanan di antara Pahang vs Johor Darul Takzim (JDT), dan untuk melihat salah satu daripada pasukan ini melangkah ke final Piala FA 2013 tidak kesampaian
Sebaliknya tempoh masa 90 minit perlawanan yang tidak dapat dimulakan itu bertukar kepada senario kekecohan
Perkara ini berpunca berlaku ekoran limpahan penonton yang memasuki stadium iaitu dianggarkan kira-kira 40,000 orang dan melebihi jumlah kapasiti stadium
Difahamkan situasi itu menyebabkan lebih 5,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di trek olahraga stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula
Perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen itu, pada awalnya dilihatkan dapat dimulakan, setelah pihak pengurusan dan yang terbabit dapat mengawal situasi kesesakan yang berlaku
Setelah meneliti semuanya, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya
jdt vs pahang penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Sebaik pengumuman itu dibuat, kelibat semua pemain tuan rumah kemudian memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan, namun pemain Johor DT tidak berbuat demikian
Keadaan bagaimanapun kembali tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan botol minuman ke kawasan padang
penyokong jdt cedera di stadium darul makmur penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Penyokong JDT tercedera dipercayai terkena balingan objek
Pemerikasaan dilakukan lagi bagi memastikan keselamatan benar-benar terjamin, kemudian, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan
kekecohan pahang vs jdt separuh akhir piala fa 2013 3 penyokong pahang vs jdt buat kecoh di stadium piala fa 2013
Penyokong JDT mendakwa mereka dibaling objek dari luar stadium dan terpaksa membuat demikian demi untuk keselamatan diri dan mengelakkan diri daripada mendapat kecederaan
Insiden itu turut menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk
Akhirnya, kira-kira pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditunda ke tarikh lain
Video ulasan perlawanan Pahang menentang Johor DT dibatalkan

Video situasi kekecohan penyokong di Stadium Darul Makmur
Rakaman yang memaparkan berlaku balingan objek daril luar Stadium Darul Makmur

Sumber Dari :
-http://www.mysumber.com/

http://www.utusan.com.my

_