Friday, January 10

Tentang blogger/blogspot atau blog

Tentang blogger/blogspot atau blog

Blogger atau yang sekarang disebut Blogspot sudah tidak asing lagi di kalangan blogger . Pembekal perkhidmatan blog ini adalah syarikat besar yang bersaing dengan Wordpress sehingga boleh dikatakan merupakan pembekal blog femes nombor satu paling laris di dunia .

Blogger sebenarnya adalah sebuah sistem penerbitan blog ( blog publishing system ) yang pada awalnya dibuat oleh Pyra Labs pada tarikh 23 ogos 1999 dan merupakan sebuah dedicated blog - publishing tool pertama kali yang diperuntukkan untuk membantu mempopularkan format tersebut . Pada bulan Februari 2003 , Oleh kerana kepopularannya , akhirnya Pyra Labs diambil alih oleh Google . Ini memnyebabkan ciri premium yang sebelumnya dikenakan bayaran , kemudian berubah menjadi percuma .

Pada tahun 2004 , Google mengenalkan perkhidmatan barunya Picasa , iaitu sebuah aplikasi untuk mengatur dan mengedit foto digital . Perkhidmatan ini kemudian diintergrasikan dengan utility sharing foto Hello ke dalam perkhidmatan Blogger , sehingga membolehkan seorang pengguna Blogger untuk menghantar foto - foto mereka ke dalam blog yang dibuatnya .

Pada 9 Mei 2004 , Blogger merekabentuk semula paparan utamanya , pelbagai perubahan dilakukan di dalam Blogger dengan menambah pelbagai ciri seperti web standards - compliant template , laman arkib individu untuk posting , komen dan posting menggunankan email .

Pada tarikh 14 ogos 2006 , Blogger melancarkan keluaran terbaru dalam versi beta dengan kod invader , bersamaan dengan keluaran versi Gold . Ini membuat berpindahnya pengguna Blogger ke server Google dan disertai dengan ditambahkannya beberapa ciri baru di dalamnya .

Dalam bulan Disember 2006 , akhirnya versi terbaru Blogger tersebut tidak lagi dalam versi beta dan dalam bulan Mei 2007 , Blogger telah benar - benar berpindah ke server Google .

Tentang blogger/blogspot atau blog

_