Monday, March 28

Jelmaan Satria impian

GARANG dan menawan! Inilah transformasi yang dilakukan pemiliknya terhadap kereta Proton Satria keluaran khas ini.
Tidak seperti pelbagai kenderaan modifikasi lain membabitkan kos terlalu tinggi, ubah suai yang dilakukan Zaili Niza Zainal Abidin, 29, terhadap kenderaan kesayangannya ini hanya mencecah RM20,000.

Meskipun Zaili berbelanja kecil tetapi pengubahsuaian terhadap keretanya ini boleh dikatakan ekstrem. Penggunaan pintu unik (scissor door), bonet khas dan cermin tepi gentian karbon (carbon fibre) daripada BMW antara yang menarik perhatian.

Tidak cukup dengan itu, penggunaan rim 18 inci daripada jenama Titan Racing, ‘skirting’ tepi, depan dan belakang daripada Subaru Impreza serta lampu Eagle Eye BMW menambah ‘sifat’ garang Proton Satria ini.

Selain itu, Zaili turut mengubah suai hampir keseluruhan ruang dalaman kenderaan ini. Tempat duduk ‘semi bucket’ daripada Subaru Impreza, stereng khas Formula One (F1), papan pemuka khas daripada Toyota Estima dan penggunaan aksesori daripada pelbagai jenama menjadi tumpuannya
Menurut Zaili, dia tidak perlu menghabiskan berpuluh-puluh ribu ringgit
semata-mata untuk mendapatkan modifikasi yang diingini.

Katanya, dengan pencarian barangan yang tepat dan pemasangan sendiri dapat
meminimumkan kos ubah suai.

Kenderaan yang didedikasikan untuk anak sulungnya ini turut mendapat sedikit
sentuhan terhadap jenteranya. Walaupun menggunakan enjin asal Proton Satria NA
1.5 VDO (untuk pengeluaran khas Proton Satria 1.5), penambahan kuasa tetap
diutamakan pemiliknya.

Untuk itu, Zaili memasang beberapa alat ganti berprestasi tinggi seperti penapis
angin K&N, sistem klac daripada Exeddy (3 kaki), starter VR4, hos air Billion
dan turut menggunakan palam pencucuh 2000cc.

Walaupun tidak melakukan pengubahsuaian melampau terhadap jenteranya itu,
penggunaan beberapa alat ganti berkenaan sedikit sebanyak dapat menambah kuasa
yang sedia ada.

Bagi memuaskan hati, Zaili turut menaik taraf sistem audio sedia ada dengan
menggunakan pemain cakera padat daripada Sony Explode, sub woofer JBL 12 inci,
10 speaker daripada jenama Mohawk dan amplifier daripada Calibre.

ENJIN
  • Proton Satria NA

  • 1.5 VDO

  • Hos air

  • Penapis angin K&N

  • Klac Exeddy (3 kaki)

  • Starter VR4  

  • Intercooler Jasma

    TRANSMISI

  • Manual LSD

    AKSESORI

  • Scissor door 

  • Cermin tepi BMW gentian karbon (carbon fibre)

  • ‘Skirting’ Subaru Impreza

  • Eagle Eye

  • Tempat duduk semi bucket Subaru Impreza

  • Stereng F1

  • Papan pemuka khas Toyota Estima

    EKZOS

  • Piping Titanium

  • 2.5 inci

  • Peredam bunyi

  • Spoon

    RIM

  • Rim Titan 18 inci




  • 1 comments:

    Shazwan March 30, 2011 at 12:14 AM

    no plat negara mane tu?

    _