Saturday, March 17

Betul ke CPU AMD, murah, cepat panas, ... ? ye ker %-)

Jika AMD bereputasi teruk, kenapa AMD sekarang boleh menjadi market leader dalam pasaran kad grafik atau GPU melebihi Nvidia dan Intel? Mempelajari komputer atau ICT bukan seperti belajar sejarah, jika sesuatu adalah sebegitu suatu ketika dahulu maka begitulah sampai bila-bila. Tidak kira siapa, baik AMD, mahupun Intel, Nvidia, VIA atau pun syarikat apa, masing-masing sudah tentu menambah baikkan atau mencipta teknologi baru yang lebih baik untuk produk-produk mereka supaya mereka mampu bersaing dalam pasaran.

Mungkin benar mikro pemproses AMD lebih panas suatu ketika dahulu dan boleh terbakar jika dibuang heat sink (kenapa nak kena buang heat sink, jika ia direka bentuk memerlukan heat sink untuk membuang haba), tetapi itu tak selama-lamanya kekal begitu sahaja. AMD juga telah banyak melakukan penambah baikkan dan mencipta banyak teknologi baru mikro pemproses pada hari ini. Misalnya x86-64, bus HyperTransport yang menggunakan teknologi paket data, dan banyak lagi. Malah mikro pemproses Intel (market leader) hari ini seperti dalam siri Core i (i5, i7 ...) boleh dikatakan sebagai "Intel CPU, design by AMD". Ini kerana banyak teknologinya dicilok dari AMD secara lesen bersilang. Dalam rencana teknologi PC luar negara, ramai yang berterima kasih kepada persaingan antara Intel dan AMD kerana ia membuahkan teknologi yang lebih baik dalam mikro pemproses hari ini. Lebih pantas, lebih sejuk, penjimatan tenaga, dan lebih banyak fitur, dan ini juga memberi kesan positif kepada teknologi perisian seperti Windows 7, 3D rendering, multimedia dan sebagainya.
[Image: amd-cpu.png]

CPU idle selepas digunakan 19/2/2010 2:22am

[Image: cpu-amd-sejuk.png]

Kenapa CPU moden lebih sejuk?
CPU moden pada hari ini dilengkapi dengan fitur penjimatan tenaga dan kawalan kelajuan seperti teknologi yang digunakan dalam mikro pemroses notebook dan juga server. Oleh itu semasa bebanan pemprosesan yang rendah, CPU mengurangkan kelajuannya secara automatik dan meningkatkan kelajuannya ke frekuensi maksimum apabila bebanan pemprosesan yang tinggi. Pada kelajuan yang lebih rendah, penggunaan tenaga juga rendah dan haba yang terhasil juga rendah.

Jadi kenapa PC baru lebih panas?
Selain CPU, jangan lupa terdapat komponen2 lain yang menjanakan haba dan agak panas, antaranya
cipset (northbridge)
kad grafik (GPU, graphic processing unit)
hard disk
dan jangan lupa, PSU juga menjanakan suhu yang tinggi.
Bolehkah CPU bersuhu bawah 45C boleh memanaskan udara dalam bilik? Tambahan pula suhu CPU adakalanya lebih rendah daripada suhu m/b, adakah ini mungkin? Tak mungkin CPU dengan saiz relatif yang sangat kecil berbanding dengan saiz bilik mampu memanaskan udara dalam bilik dan menjadikan bilik itu "panas". Apabila diteliti pada kipas udara keluar casing, kipas udara keluar berhampiran CPU tak panas pun dan macam suhu biasa TETAPI udara panas kebanyakkan keluar daripada PSU di bahagian atas casing. Masalah ini bukan masalah penggunaan mikro pemproses AMD, malah komputer dengan CPU Intel juga menghadapi masalah yang sama. Tak pasti ada ke tidak PSU yang menjana sedikit haba dan lebih sejuk.

Sumber :karyait

_