Saturday, March 17

Ribut solar melanda bumi 8 mac 2012

Ribut solar melanda bumi 8 Mac 2012 merupakan antara ribut solar yang terbesar dalam tempoh 5 tahun,Ia dijangka akan melanda bumi pada tengahmalam atau awal pagi ini.
Proses permulaanya ribut solar (ribut Geomagnet) bermula dengan nyalaan solar besar-besaran awal minggu ini dan berkembang kerana ia berlumba keluar dari matahari, berkembang seperti buih sabun gergasi, Menurut laporan media antarabangsa apabila proses matang, zarah akan bergerak pada 4 juta bsj ke arah bumi

gambar ribut solar 8 march 2012 ribut solar melanda bumi 8 mac 2012
Apa yang akan berlaku ini menepati ramalan apabila saintis menjangkakan fenomena ribut solar terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013
Ribut solar (matahari)berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.
Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari
Dalam pada itu ada pihak berpendapat ribut solar tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.
Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku.
Namun ianya memberi kesan kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet,
Sejarah lalu kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.
Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.
Tetapi kita bernasib baik disebabkan bumi memiliki lapisan atmosfera. Lapisan itu menyebabkan komet dan asteroid yang cuba menerjah atmosfera bumi akan termusnah terlebih dahulu.Allahuallam
Sebelum ini bumi dilanda ribut solar pada 22 Januari 2012
Video penyalaan yang aktif pada 6 March 2012



Sumber : EncikNakal

_