Friday, March 14

Ada hikmah tertinggal passport serta terlepas Flight Beijing

Aku Sepatutnya Naik Flight Tapi Lewat 
Sampai Tertinggal Flight



Nekad.

Itulah perkataan yang terpacul dari mulutku.Perkataan yang keluar bila dihujani persoalan dari kawan karibku.

Nekad untuk tinggalkan Malaysia.Setelah bermacam-macam ujian yang aku hadapi.Ujian yang melelahkan semangat juang orang muda.Orang muda yang baru merasa erti sebenar kehidupan.

Ujian paling besar bila Ami ambil keputusan untuk membatalkan masjils pertunangan aku dan dia.Sampai sekarang aku tak boleh terima kenapa dia ambil keputusan sebegitu rupa.Tanpa penerangan lanjut.Aku hanya diberitahu melalui satu kiriman sms.

“Salam..Ariel, Ami minta maaf sangat-sangat.Ami tak boleh nak teruskan majlis pertunangan kita.Ami doakan Ariel dapat jumpa orang yang lebih baik dari Ami.

Terkejut aku dibuatnya.Tanpa sebarang alasan.Ami memutuskan perhubungan kami.Sms dan call aku tidak dijawabnya. Ami diam seribu bahasa tanpa khabar berita.Kawan-kawan terdekat Ami habis semua aku siasat.Masih tiada jawapan.

Jika Ami memberi sebab dan alasan kenapa memutuskan perhubungan ini, mungkin aku boleh terima.

Kerana tidak sehaluan kah?

Sebab aku dah gemuk ke?

Sebab aku bukan dari keluarga orang berada kah?

Sebab dia dah jumpa seseorang ke?

Ah..segala kemungkinan bermain di minda.

Macam orang hilang pedoman aku dibuatnya.

***

Beijing.Lokasi yang aku pilih untuk melupakan segala keperitan yang dialami.

14 hari aku akan berada di sana.Trip kali ini lain.Bukan untuk meneroka peluang perniagaan seperti yang selalu aku lakukan.Sekadar kembara ke negara orang tanpa sebarang rancangan.

“Suprise me Beijing”, kataku dalam diri.

Semua barang sudah aku kemas.Aku hanya bawa sebuah beg besar.Mahu dilihat sebagai seorang backpacker disana.

Flight aku dijadualkan bertolak jam 12.40 pagi dari KLIA.Aku bertolak awal kali ini.Pukul 6 petang sudah sampai di KLIA.Tak ingin insiden terkejar-kejar seperti yang berlaku masa trip ke Korea 3 bulan lepas berulang.Aku berlari laju mengalahkan peserta Running Man.Tersenyum simpul gadis ayu menjaga ketika menyambutku.Beliau cuba menahan gelak melihat aku tercungap-cungap sambil peluh membasahi mukaku.

Sampai di KLIA, aku terus pergi ke kedai buku.Aku beli sebuah buku karya Malcolm Gladwell bertajuk Outliers-The Story of Success.Karya yang diberitakan akan mengubah pandangan aku mengenai kejayaan.

Aku terus menuju ke Old Town White Coffee, aku cari sudut paling hujung dan senyap.Cuba lari dari hiruk-piruk manusia.Aku sumbatkan earphone dalam telinga.Alunan indah melodi piano Croatian Rhapsody dari Maksim Mrvica sambil diiringi pasukan orkestra beliau mula menjadi halwa telingaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.Tergerak hati untuk cek passport dan tiket flight sekali lagi.Kali terakhir aku letakkan passport dan tiket flight dalam pouch bag.

Ah..sudah.Mana pula pouch bag ni.Habis satu beg aku selongkar.Duniaku yang aman tadi terus jadi kacau-bilau.AKu cuba tenangkan diri.Cuba mengingat kembali mana aku letak pouch bag.

Ya Allah.Aku lupa nak masukkan dalam beg tadi.Ada tertinggal di atas katil.Terus ku capai telefon bimbit dan mendail nombor Kamil.Budak rumahku.Tak berangkat.Dekat 10 kali aku call tidak berjawab.Aku hantar sms, pun tidak dijawabnya.

Otakku ligat memikirkan solusi.Aku ada masa sejam lagi sebelum masa check-in tamat.Mudar-mandir aku berjalan di sekitar airport.Berjalan tanpa arah tujuan.

Nama Kamil tertera di handphoneku, pantas aku terus menjawab dan memberitahu situasiku.Kamil terus mencapai pouch bagku dan menuju ke airport.

Aku menunggu Kamil penuh resah.Jarak perjalanan selama sejam diperlukan dari rumahku ke KLIA.

Aku rasakan masa berlalu pantas.Bayang Kamil tak kunjung tiba, lima enam kali aku telefon Kamil untuk bertanya lokasinya.Sampai bertengkar juga kami.

Aku cuba bertanya pada pegawai di kaunter, beliau tegas dengan prosedurnya.Kaunter check in sudah tutup.Bayang Kamil pun masih tak kunjung tiba.Misi ke Beijing terpaksa dilupakan.Mungkin jodoh aku dan Beijing tiada kali ini.

Kamil sampai 15 minit selepas kaunter check-in tutup.Banyak kali ayat maaf terpacul dari mulutnya.Aku tersenyum.Benda dah lepas.Tak guna nak marah.Lagipun bukan salah Kamil.

Kami pulang ke rumah.Tak banyak yang dibualkan semasa dalam kereta.Perasaan aku ketika itu biasa sahaja.Tidak rasa kerugian sebab tertinggal flight.

***

Aku dikejutkan dengan liputan berita mengenai kehilangan pesawat MH370.Pesawat yang sepatutnya membawa aku ke Beijing.

Syukur.Mungkin ada hikmahnya aku tertinggal passport.

Selang beberapa minit, aku terima sms dari Ami.Insan yang pernah menghancurkan hatiku.Insan yang sudah lama aku tidak dengar khabar berita.

“Assalamualaikum, awak kat mana sekarang? Esok saya ada urusan di Bangi.Kalau awak free.Boleh kita lunch sekali.”

Tiga empat kali aku tenung sms tersebut.Tak percaya.Gaya bahasa sms Ami macam tiada apa yang berlaku antara kami.

” Saya ada kat rumah”. Balasku ringkas.

“So,bolehlah lunch sama esok ye? Dah lama tak makan sekali dengan awak.Kita makan dekat Restoran Limau Nipis eh”. balas Ami.

Pelik.Mungkinkah ini petanda untuk aku bersama Ami semula.Mungkinkah ini jodoh.

Ah.Persetankan semua itu.Aku dah lama campakkan segala memori aku dengan Ami.

Aku tak balas mesej Ami.Aku biarkan sahaja.

“Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau kemana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa..”

Lagu Wings-Semalam Yang Hangat mungkin lagu yang sesuai dikala ini.

p/s: Ini merupakan salah satu tugasan dari Kelas Penulisan Kreatif.

Moga misi mencari MH370 berjalan lancar,
Mohon dipermudahkan segala urusan mencari dan menyelamat MH 370


Aku Sepatutnya Naik Flight Tapi Lewat 
Sampai Tertinggal Flight

Ada hikmah tertinggal passport serta terlepas Flight Beijing


Sumber Artikel :  Shahril Bahar


Bangkai MH370 Ditemui, Kronologi MH370, MH 370 Kena Hijack, MH370, MH370 Dirampas, MH370 Hilang, MH370 Hilang Dalam Radar, MH370 Kena Hijacked, MH370 M.I.A, MH370 Missing, MH370 Missing In Action, MH370 Sah Dirampas, MH370 Sah Kena rampas, MH370 Terhempas, MH370 Terhempas Di Lautan, Misteri MH370, Pesawat MH350 Dijumpai, Pesawat Mh370 Berjaya Ditemui, Pesawat MH370 Di Lautan Hindi, Pesawat MH370 Dikesan, Pesawat MH370 Disahkan Dijumpai MH370 Di Lautan Hindi, Pesawat MH370 Ditemui, Pesawat MH370 Hijacked, Pesawat MH370 Kena Hijack, Pesawat MH370 Sah Kena Hijack

_