Saturday, March 15

Insiden MH370? Bomoh?

Penilik Nasib Nigeria Dakwa Tahu Insiden MH370 (VIDEO)


Sebagai orang Islam, menilik nasib hukumnya haram.

Apabila sesuatu perkara yang ditilik benar atau hampir benar, ia bukan menandakan penilik nasi berkenaan memang mengetahui sesuatu berkaitan masa hadapan.

Ia sebenarnya berlaku dengan pertolongan jin setelah diizinkan Allah SWT.

Justeru, bukan sesuatu yang pelik apabila penilik nasib Nigeria, TB Joshua pernah meramalkan sesuatu berkenaan insiden MH370 ini.

Setelah kejadian berlaku, YouTube dibawah mendapat tontonan kembali yang tinggi.

Dalam ramalannya dalam video di bawah bertarikh 28 Julai 2013, TB Joshua menyatakan akan berlaku suatu kemalangan melibatkan ‘belon besar’ di sebuah negara Asia di mana di dalamnya, terdapat lebih 200 penumpang.

Kononnya, dia akan menghantar surat atau sesuatu bagi memberi amaran kepada negara Asia terlibat tetapi nyata, dia tidak berbuat demikian.

Mengapa?

Kemungkinan besar, penjelasannya adalah tidak semua rahsia Allah Taala akan dibuka untuk pengetahuan makhlukNya. Jadi sudah tentu, siapa pun makhluk yang membantu TB Joshua ini mengetahui sesuatu berkaitan masa depan, pengetahuan yang dibisikkan padanya tetap terbatas.

Terbaru menerusi Facebook miliknya, TB Joshua meramalkan MH370 sudah terhempas ke dalam Laut China Selatan dan serpihannya akan ditemui bila-bila masa dari sekarang.
Sekali lagi, kalau pun semua ini benar sekalipun orang Islam pasti maklum bahawa ia adalah dengan bantuan jin.
Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].
Bagi orang Islam, marilah kita tetap dengan cara terbaik bagi menangani semua musibah ini iaitu berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT kerana hanya Dia maha mengetahui segala kejadian di langit dan bumi. – REM RAMZI via siakapkeli



Bangkai MH370 Ditemui, Kronologi MH370, MH 370 Kena Hijack, MH370, MH370 Dirampas, MH370 Hilang, MH370 Hilang Dalam Radar, MH370 Kena Hijacked, MH370 M.I.A, MH370 Missing, MH370 Missing In Action, MH370 Sah Dirampas, MH370 Sah Kena rampas, MH370 Terhempas, MH370 Terhempas Di Lautan, Misteri MH370, Pesawat MH350 Dijumpai, Pesawat Mh370 Berjaya Ditemui, Pesawat MH370 Di Lautan Hindi, Pesawat MH370 Dikesan, Pesawat MH370 Disahkan Dijumpai MH370 Di Lautan Hindi, Pesawat MH370 Ditemui, Pesawat MH370 Hijacked, Pesawat MH370 Kena Hijack, Pesawat MH370 Sah Kena Hijack

_