Wednesday, May 14

[Mesti Baca] Kisah Warga Asing Bergaji 'RM5,900' Sebulan di Malaysia

[Mesti Baca] Kisah Warga Asing Bergaji 'RM5,900' Sebulan di Malaysia


Ini adalah post yang saya cedok dari Saiful Nang. 

Meskipun tidak mengenali siapa Saiful Nang, tetapi cerita yang dikongsikan olehnya membuatkan kita terfikir seketika.

Baca cerita menarik di bawah:

Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu. 

Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. 

Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. 

Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. 

Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu. 

Anggaran pendapatan seminggu beliau

RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu 
(untuk kerja partime ini)

Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900 
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900

Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. 

Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun. 

Fikirkannya 

SAIFUL NANG & mymediahubonline

_